Pengenalpastian Bakteria Tibi

Mohammad, Nazrul Hilmi (2005) Pengenalpastian Bakteria Tibi. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Kaedah konvensional dalam mengenalpasti bakteria Mycobacterium tuberculosis daripada sampel air liur adalah menyukarkan dan sangat terdedah kepada ralat kerana pengiraan organisma dilakukan secara manual oleh juruteknologi ketika sesuatu spesimen sedang diperiksa melalui mikroskop. Kaedah ini lazim menyebabkan kelesuan mata yang boleh mengakibatkan banyak ralat. Oleh yang demikian, seseorang juruteknologi dapat memeriksa tidak lebih daripada dua puluh specimen dalam masa sehari untuk mengelakkan kelesuan yang boleh menyebabkan ralat itu. Maka kaedah konvensional ini telah dianggap sebagai tidak produktif. Sebagai suatu usaha untuk mengatasi masalah ini, projek ini membangunkan satu sistem perisian pemprosesan imej digital, yang direkabentuk dan diimplimentasikan dengan menggunakan alatan pembangunan perisian visual Borland C++ Builder. Perisian yang dibangunkan ini secara khususnya disasarkan untuk memudahkan proses pengenalpastian bakteria Mycobacterium tuberculosis dengan menggunakan imej-imej digital spesimen air liur daripada pesakit-pesakit yang disyaki. Ia merangkumi tiga peringkat pengimejan utama: peningkatan imej, peruasan imej, dan analisa gugusan. proses peningkatan imej dalam perisian ini melibatkan transformasi jalur kelabu dan penurasan negatif untuk menyediakan data imej bagi dua proses yang seterusnya. Kemudian, proses peruasan imej menyediakan pilihan untuk pengguna sama ada menggunakan teknik pertumbuhan kawasan berasaskan titik benih secara manual atau automatik. Seterusnya, teknik analisa dan pengiraan gugusan ecara automatik mengira bilang organisma yang terdapat dalam imej. Adalah diharapkan sistem perisian ini dapat diterima sebagai aplikasi yang pantas dan tepat untuk mengenalpasti bakteria Mycobacterium tuberculosis daripada spesimen air liur pesakit.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 10 Apr 2023 05:58
Last Modified: 10 Apr 2023 05:58
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57918

Actions (login required)

View Item View Item
Share