Data Logging Hardware Systems

Wan Salleh, Wan Mohd Shukri (2005) Data Logging Hardware Systems. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (481kB) | Preview

Abstract

Sistem ini dibina untuk mencapai objektif pertama projek iaitu membina Sistem Perolehan Data Mudah-alih yang mampu mencerap dan merekod sebarang data luaran dalam bentuk voltan analog bagi tempoh masa tertentu sama ada dalam tempoh beberapa saat atau beberapa jam, di mana data tersebut boleh terdiri daripada pelbagai jenis data seperti contoh yang disebutkan sebelum ini. Nilai voltan yang boleh dicerap adalah berada dalam julat nilai 0 Volt hingga 5 Volt. Objektif kedua ialah sistem ini dibina bertujuan untuk mencerap dan menyimpan data bagi suhu persekitaran, arah kedudukan, sudut sendeng bagi sebuah robot kawalan dalam air, tarikh dan waktu data dicerap. Data-data ini digunakan bagi menunjukkan contoh aplikasi Sistem Perolehan Data Mudah-alih ini. Objektif ketiga ialah memaparkan data cerapan semasa kepada pengguna dengan menggunakan Paparan Hablur Cecair (LCD) dan memaparkan data cerapan yang disimpan dalam peranti ingatan (EEPROM) secara komunikasi sesiri kepada komputer.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 28 Mar 2023 06:52
Last Modified: 28 Mar 2023 06:52
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57594

Actions (login required)

View Item View Item
Share