Lai Tee, Tan (2005) Kesan Gegaran Bumi Dan Ledakan Udara Terhadap Alam Sekitar Akibat Daripada Aktiviti Peletupan. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral. (Submitted)
|
PDF
Download (375kB) | Preview |
Abstract
Gaya pembangunan negara kita yang semakin pesat telah mencecah tahap di mana operasi penggalian dari kuari-kuari perlu dimajukan lagi untuk memperbaiki keberkesanan dalam penggalian batu-batan. Operasi yang terpenting dalam bidang pengkuarian adalah aktiviti penggerudian dan peletupan yang berpotensi tinggi menghasilkan kesan-kesan terhadap alam sekitar iaitu kesan gegaran bumi, batu terpelanting, ledakan udara, habuk dan gas. Kajian ini memperihalkan kesan gegaran bumi dan ledakan udara terhadap alam sekitar yang berkenaan dengan aktiviti peletupan. Objektif kajian ini adalah untuk meninjau penggunaan dan pengendalian bahan letupan di kuari dan mendapatkan pemalar-pemalar lapangan yang terlibat. Data-data berkaitan dengan peletupan yang dijalankan telah diukur dengan menggunakan alat pengukuran gegaran blastmate dan blastronic. Tahap gegaran bumi di tempat kajian adalah rendah di mana pemalar β=1.5323 dan pemalar k=525.9. Purata tahap ledakan udara ukuran iaitu 110.93 dBL juga adalah rendah jika dibandingkan dengan had yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Walaupun pengoperasian kuari telah dijalankan mengikuti segala perundangan yang berkaitan namun potensi kesan-kesan alam sekitar tetap wujud. Memandangkan adalah tidak mungkin untuk elakkannya, jadi cara yang terbaik adalah mengawal dan mengurangkan tahap kesan-kesan alam sekitar tersebut. Kerjasama antara semua pihak yang terlibat memainkan peranan yang sangat penting dalam menjayakan usaha ini.
Item Type: | Monograph (Project Report) |
---|---|
Subjects: | T Technology T Technology > TN Mining Engineering. Metallurgy |
Divisions: | Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral (School of Material & Mineral Resource Engineering) > Monograph |
Depositing User: | Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman |
Date Deposited: | 27 Mar 2023 06:33 |
Last Modified: | 27 Mar 2023 06:45 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/57570 |
Actions (login required)
View Item |