Ujian Model Gegaran Penusukan Kesan Parameter : Saiz Cerucuk

Zainal Anuar, Suzita (2005) Ujian Model Gegaran Penusukan Kesan Parameter : Saiz Cerucuk. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (256kB) | Preview

Abstract

Gegaran yang terhasil daripada kerja – kerja pembinaan mungkin akan mengakibatkan kerosakkan dan gangguan terhadap kawasan yang bangunan yang berdekatan, struktur , peralatan sensitif dan manusia. Ini kerana semasa kerja – kerja pembinaan; tenaga, anjakan, kelajuan dan pecutan yang terhasil akan dipindahkan ke dalam struktur lapisan tanah. Pemindahan unsur – unsur ini akan mengakibatkan terhasilnya gegaran yang mengakibatkan kerosakkan dan gangguan kepada kawasan yang berdekatan jika gegaran yang terhasil adalah sangat besar. Oleh sebab itu analisis terhadap penusukan cerucuk untuk mengetahui jumlah gegaran yang terhasil apabila sesuatu cerucuk dihentak. Antara langkah yang perlu dilakukan ialah pemantauan terhadap projek pembinaan yang bakal dijalankan, meramal atau membuat hipotesis terhadap getaran yang terhasil dengan menggunakan alatan Geophone dan perisian M-Vib dan mengawal tahap gegaran yang terhasil. Melalui disertasi ini hubungan antara saiz cerucuk dan jumlah gegaran yang terhasil dan kesan gegaran kepada kawasan berhampiran akan diterangkan dengan lebih mendalam. Kaedah yang digunakan ialah mencerap dan menganalisa mengunakan alatan geophone dan perisian M-Vib. Model cerucuk dan pemberat digunakan untuk menggantikan cerucuk dan pemberat sebenar. Kajian melibatkan kerja – kerja dalam makmal dan kerja – kerja lapangan. Melalui kajian dan analisis yang dijalankan menunjukkan jumlah gegaran akan bertambah apabila saiz cerucuk turut bertambah. Hasil kajian dilihat dapat membantu jurutera awam menyelasaikan masalah berkaitan gegaran yang terhasil semasa pelantakkan cerucuk.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 27 Mar 2023 03:58
Last Modified: 27 Mar 2023 03:58
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57565

Actions (login required)

View Item View Item
Share