Saliran Bandar Dan Amalan Pengurusan Terbaik Bagi Taman Damai I & II, Parit Buntar Perak

Salang, Mariati (2005) Saliran Bandar Dan Amalan Pengurusan Terbaik Bagi Taman Damai I & II, Parit Buntar Perak. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (670kB) | Preview

Abstract

Pengurusan air larian ribut adalah penting untuk memastikan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti banjir kilat. Memang diketahui umum bahawa bencana banjir membawa pelbagai kesan negatif kepada alam sekitar dan kerosakan harta benda, nyawa dan sebagainya. Antara impak banjir ialah pencemaran, hakisan, kerosakan pada struktur bangunan, kehilangan harta benda, kerosakan sistem saliran dan kerencatan aktiviti ekonomi. Amalan pengurusan terbaik (BMPs) diperkenalkan untuk mengurangkan aliran puncak hidrograf sebelum ia memasuki sistem sungai. Di samping itu BMPs juga dapat mengurangkan banjir dan hakisan. Penulisan dimulakan dengan memberi pengenalan tentang kajian yang dijalankan. Bab seterusnya menerangkan kaedah yang terdapat dalam BMPs dari segi kebaikan serta rekabentuk secara Ringkas. Selain itu juga langkah-langkah untuk pemilihan BMPs disertakan. Bab ketiga pula lebih kepada penilaian secara kuantiti seperti sistem saliran terhadap tapak kajian iaitu Taman Damai I & II, Parit Buntar Perak. Bab Keempat pula membincangkan sistem alternatif yang dicadangkan bagi kawasan tapak kajian. Dalam bab ini, kaedah BMPs dibincangkan secara terperinci berpandukan kepada Manual Baru Saliran Mesra Alam (MASMA, 2000). Bab terakhir pula merujuk kepada rumusan dan kesimpulan keseluruhan kajian yang dilakukan di kawasan Taman Damai I & II, Parit Buntar Perak Darul Ridzuan.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 20 Mar 2023 09:03
Last Modified: 20 Mar 2023 09:03
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57465

Actions (login required)

View Item View Item
Share