Perbandingan Ciri Konkrit Asfalt Yang Dihasilkan Melalui Proses Basah Dan Proses Kering

Bahron, Busra (2005) Perbandingan Ciri Konkrit Asfalt Yang Dihasilkan Melalui Proses Basah Dan Proses Kering. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (256kB) | Preview

Abstract

Pelbagai jenis bahan berbitumen telah digunakan dalam pembinaan jalan dan lebuh raya. Bahan berbitumen seperti konkrit asfalt direkabentuk untuk jangka hayat yang panjang dan berupaya memainkan peranan yang diharapkan pada sesuatu turapan bermutu tinggi. Namun begitu, akibat daripada pembebanan yang berulang ulang, proses penuaan daripada perubahan suhu yang tidak menentu dan juga dari sinaran ultraviolet, konkrit asfalt cenderung untuk mengalami kegagalan. Sehubungan dengan itu, kajian telah dilakukan dengan mencampurkan bahan tambah seperti bahan getah ke dalam campuran konkrit asfalt bagi meningkatkan mutu turapan. Kajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan konkrit asfalt campuan getah dengan bahan tambah craabit secara proses basah. Perbandingan dilakukan antara dua proses utama konkrit asfalt campuran getah iaitu proses basah dan proses kering. Berdasarkan keputusan hasil daripada kajian yang dijalankan, jelas membuktikan keupayaan proses basah dalam menghasilkan konkrit asfalt campuran getah adalah lebih baik berbanding proses kering dengan mengambil kira kelebihan ciri fizikal dan daripada ujikaji yang telah dijalankan. Konkrit asfalt campuran getah secara proses basah berpotensi lebih baik dalam merintangi ubah bentuk kekal dan juga merintangi masalah keretakan berbanding dengan proses kering. Perbezaan antara nilai optimum modulus kebingkasan proses basah dan kering adalah sebanyak 42% dengan nilai untuk proses basah adalah lebih tinggi. Begitu juga dengan nilai kestabilan, pada mana perbezaan antara keduanya adalah 33%. Nilai kestabilan campuran proses basah sekali lagi sentiasa lebih tinggi daripada proses kering.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 17 Mar 2023 01:53
Last Modified: 17 Mar 2023 01:53
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57410

Actions (login required)

View Item View Item
Share