Pengurusan Kecacatan Bangunan Kediaman Kos Rendah Yang Telah Siap Dibina Dan Kesannya Ke Atas Penghuni Di Daerah Seberang Perai Selatan

Azizan, Muhammad Hafiz (2005) Pengurusan Kecacatan Bangunan Kediaman Kos Rendah Yang Telah Siap Dibina Dan Kesannya Ke Atas Penghuni Di Daerah Seberang Perai Selatan. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (189kB) | Preview

Abstract

Masalah kecacatan adalah lazim pada sesuatu pembinaan rumah, tidak kira rumah kos rendah mahupun bangunan mencakar langit, dan banyak berlaku sejak kebelakangan ini, dan kajian hendaklah dijalankan untuk mengenalpasti masalah yang berlaku ini.Secara tidak langsung, tindakan susulan iaitu cara dan pengatasian kepada masalah kecacatan telah dapat dipraktikkan.Tesis ini merupakan satu kajian kes mengenai kecacatan keatas rumah kos rendah. Tajuk sebenar tesis ini adalah Pengurusan Kecacatan keatas Bangunan Kediaman Rumah Kos Rendah dan Kesannya Kepada Penduduk di daerah Seberang Perai Selatan. Buku-buku teks dan halaman web menjadi rujukan utama untuk tajuk tesis ini. Tesis ini akan mendalami mengenai kecacatan keatas sebuah rumah kos rendah di daerah terbabit dan menganalisa kesan kecacatan keatas penghuninya. Daerah yang menjadi sasaran adalah Seberang Perai Selatan. Tajuk utama tesis ini adalah perbincangan mengenai konsep sesebuah rumah kos rendah, yang tertakluk dari spesifikasi sehingga kepada polisi kerajaan mengenai pembinaannya.Selain itu, tesis ini juga menerangkan perihal kecacatan lazim keatas sesebuah perumahan kos rendah, kesan dan impak kepada penghuni, serta perkara yang berkaitan dengan kelulusan sijil kependudukan (CF). Hasil dari kajian ini adalah cara menangani masalah kecacatan perumahan kos rendah dapat dikenalpasti dan dipraktikkan dari semasa ke semasa, disamping mengenalpasti kesan emosi kepada penghuni akibat dari kecacatan tersebut. Kajian ini juga diharapkan dapat menjadi landasan kepada mencapai kecacatan sifar (zero defect) pada masa hadapan.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 17 Mar 2023 01:27
Last Modified: 17 Mar 2023 01:27
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57405

Actions (login required)

View Item View Item
Share