Penentuan Ketumpatan Kering Tanah Menggunakan Bacaan Proba Mackintosh Dengan Mata Penusuk JKR

Khian Meng, Poh (2005) Penentuan Ketumpatan Kering Tanah Menggunakan Bacaan Proba Mackintosh Dengan Mata Penusuk JKR. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (314kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan antara ketumpatan kering tanah sampel dengan bacaan Mackintosh Probe yang dipasang dengan mata penusuk JKR (akan dipanggil JKR Probe selepas ini). JKR Probe merupakan salah satu kaedah yang sering dipakai untuk menganggarkan kekuatan tanah di tapak pembinaan di Malaysia. Dengan adanya hubungan ini, dapatlah membentuk satu alternatif baru di mana ketumpatan kering tanah dapat ditentukan dengan cepat. Selain itu, kajian ini juga melibatkan pemerhatian terhadap perubahan bacaan JKR Probe pada tenaga pemadatan yang berlainan. Tanah ini juga akan dikelaskan mengikut piawaian Unified Soil Classification System. Keputusan menunjukkan kandungan lembapan optimum untuk maksimum JKR Probe tidak berlaku pada kandungan lembapan optimum untuk ketumpatan kering maksimum. Perbezaan antara kandungan lembapan pada maksimum bacaan JKR Probe dengan kandungan lembapan optimum bagi maksimum ketumpatan kering semakin kecil apabila tenaga pemadatan menaik. Namun begitu, tujuan utama untuk mencari alternatif baru ini gagal dicapai disebabkan perbezaan nilai ketumpatan kering tanah yang didapati adalah melebihi 20% dengan nilai sebenarnya.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 17 Mar 2023 01:14
Last Modified: 17 Mar 2023 01:14
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57403

Actions (login required)

View Item View Item
Share