Keupayaan Penyusupan

Mohd Nor Saidi, Nasruddien (2005) Keupayaan Penyusupan. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Konsep kawalan kuantiti dan kualiti air larian hujan didalam Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) yang dicadang oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah dipraktikkan dalam kajian ini melalui penggunaan kaedah penyusupan. Kajian penyusupan yang dijalankan merupakan kaedah kawalan bagi mengurangkan sumber air larian permukaan yang mengakibatkan masalah banjir di bandar-bandar besar. Kajian ini dijalankan di dalam daerah Butterworth iaitu. Perincian kawasan adalah di zon 1 dan zon 2. Kajian menunjukkan tanah yang tergred baik akan mempunyai nilai penyusupan yang tinggi. Kaedah ujikaji yang digunakan adalah seperti kaedah Double Ring Infiltrometer , analisis ayak dan ujikaji turus menurun bagi mendapatkan data-data berkaitan dengan penyusupan, jenis tanah dan nilai pekali kebolehtelapan. Sampel-sampel tanah terganggu yang dijalankan ujikaji akan dianalisa untuk mencari hubungan diantara jenis tanah, nilai pekali kebolehtelapan dan nilai pekali penyusupan. Segala jenis faktor yang telah dikenalpasti turut dikaji dalam projek ini. Akhir sekali, satu peta daerah berdasarkan kapasiti penyusupan akan dihasilkan untuk tujuan pembangunan di daerah Butterworth. Peta ini juga akan dibandingkan dengan peta yang dihasilkan di kampus kejuruteraan berdasarkan indeks penyusupan.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 17 Mar 2023 00:27
Last Modified: 17 Mar 2023 00:27
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57399

Actions (login required)

View Item View Item
Share