Kesan Penggunaan GGBS Terhadap Kekuatan Mampatan, Keliangan Dan Kebolehtelapan Konkrit

Ibrahim, Mohd Zakry (2005) Kesan Penggunaan GGBS Terhadap Kekuatan Mampatan, Keliangan Dan Kebolehtelapan Konkrit. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (216kB) | Preview

Abstract

Kesan penggunaan Jermang Relau Bagas (GGBS) terhadap kekuatan mampatan, keliangan dan kebolehtelapan konkrit telah dikaji. GGBS digunakan dengan cara penggantian terus terhadap simen melalui kaedah jisim ke jisim pada tahap penggantian tertentu. Empat campuran konkrit pada tahap penggantian GGBS sebanyak 0%, 20%, 50% dan 70% disediakan. Nisbah air/pengikat yang malar untuk setiap campuran konkrit digunakan bagi mengasingkan kesan tahap penggantian GGBS. Keputusan kajian secara amnya menunjukkan kesan penggunaan GGBS mengurangkan kekuatan awal konkrit dengan lebih tinggi tahap penggantian lebih tinggi pengurangan berlaku. Sebaliknya, kekuatan jangka panjang konkrit meningkat dengan penambahan GGBS. Keputusan juga menunjukkan bahawa penambahan GGBS meningkatkan keliangan dan kebolehtelapan jangka pendek konkrit, tetapi mengurangkan keliangan dan kebolehtelapan jangka panjang konkrit. Oleh itu, kesan penggunaan GGBS berpotensi untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanlasakan konkrit.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 15 Mar 2023 09:50
Last Modified: 15 Mar 2023 09:50
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57364

Actions (login required)

View Item View Item
Share