Kesan Ketebalan Lapisan Ke Atas Kebolehtelapan Dan Kekuatan Ketegangan Tak Langsung Asflat Berliang

Abdul Rahman, Siti Rahimah (2005) Kesan Ketebalan Lapisan Ke Atas Kebolehtelapan Dan Kekuatan Ketegangan Tak Langsung Asflat Berliang. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (254kB) | Preview

Abstract

Asfalt berliang merupakan turapan permukaan yang digunakan secara meluas disebabkan oleh kekuatan dan ketahanlasakannya. Kajian demi kajian dijalankan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan turapan bagi menampung pertumbuhan lalu lintas yang tidak dijangkakan. Pelbagai kajian juga dijalankan untuk mengenalpasti ciri campuran turapan asfalt berliang. Dalam kajian ini, penggredan yang digunakan adalah sama dengan penggredan yang dihasilkan oleh kajian IRPA ke atas dwilapisan asfalt berliang. Kajian ini tertumpu kepada hubungan di antara ketebalan lapisan dan kandungan bitumen ke atas kebolehtelapan dan kekuatan tegangan tak langsung (ITS) asfalt berliang. Jenis pengikat yang digunakan adalah pengikat terpinda iaitu SBS yang dibekalkan oleh Shell Malaysia Berhad. Hasil kajian mendapati bahawa nilai pekali kebolehtelapan menurun dengan pertambahan ketebalan sampel bagi sampel yang menggunakan 20 mm saiz maksimum agregat. Keputusan kajian juga menunjukkan nilai pekali kebolehtelapan untuk 14 mm dan 10 mm bagi saiz maksimum agregat berkadar terus dengan ketebalan sampel. Hasil kajian juga memberikan nilai keliangan iaitu antara julat 17-20%. Daripada ujikaji ITS, hasil kajian menunjukkan kekuatan tegangan mengufuk untuk sampel 14 mm saiz maksimum agregat lebih tinggi apabila ketebalan meningkat bermula dari tebal 40 mm. Daripada ujikaji ITS, keputusan kajian juga menunjukkan ketebalan optimum adalah 40 mm untuk satu lapisan asfalt berliang.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 15 Mar 2023 07:30
Last Modified: 15 Mar 2023 07:30
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57348

Actions (login required)

View Item View Item
Share