Kehubungan Dan Perbezaan Di Antara Kebolehtelapan Dan Penyusupan Bagi Tanah Di Kawasan Butterworth

Yusoff, Mohd Kalmizan (2005) Kehubungan Dan Perbezaan Di Antara Kebolehtelapan Dan Penyusupan Bagi Tanah Di Kawasan Butterworth. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (956kB) | Preview

Abstract

Proses pembangunan memerlukan perancangan yang terperinci dan berhati-hati kerana pembangunan membawa banyak perubahan kepada keadaan alam semulajadi. Alam semulajadi yang tidak stabil boleh mengakibatkan bencana seperti banjir dan tanah runtuh. Pengkelasan tanah mengikut kumpulan, kadar penyusupan dan kadar kebolehtelapan penting untuk merancang pembangunan. Kawasan sekitar Butterworth yang telah dibahagikan kepada 6 zon adalah kawasan kajian yang telah dipilih untuk ujikaji ini kerana ia berpotensi untuk dibangunkan. Kajian penyusupan merupakan merupakan salah satu kajian yang bertujuan untuk mengawal banjir dan mengklasifikasikan tanah berdasarkan ujian penyusupan. Ujian yang dijalankan seperti ujian penyusupan dan kebolehtelapan dapat menggambarkan kadar penyusupan air kedalam tanah mengikut taburan hujan kawasan tersebut. Daripada maklumat ini jumlah air larian permukaan dan air yang menyusup kedalam tanah dapat dianggarkan. Ujian analisis ayakan pula dapat mengklasifikasikan jenis tanah yang ada pada kawasan tersebut sekaligus membantu untuk merancang dan menganggar kos pembangunan. Dengan adanya maklumat-maklumat ini jurutera dapat merancang untuk membangunkan system saliran yang sesuai dan merancang pembangunan bandar.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 15 Mar 2023 07:20
Last Modified: 15 Mar 2023 07:20
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57347

Actions (login required)

View Item View Item
Share