Keadeh Olahan Fizikal Menggunakan Media Zeolit Dan Karbon Teraktif Dalam Menyingkirkan Amminia Dan Logam Berat (Ferum Dan Zink) Dari Larut Lesapan Semiaerobik Tapak

Rasaik, Faisal (2005) Keadeh Olahan Fizikal Menggunakan Media Zeolit Dan Karbon Teraktif Dalam Menyingkirkan Amminia Dan Logam Berat (Ferum Dan Zink) Dari Larut Lesapan Semiaerobik Tapak. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (242kB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk memperkenal dan menguji suatu kaedah fizikal kimia yang efektif dan berpotensi diaplikasikan secara komersial untuk penyingkiran unsur logam berat dan ammonia. Sampel yang digunakan adalah larut lesapan yang diambil daripada kolam semi aerobik di Tapak Pelupusan Pulau Burung. Masa penggoncangan, pengenapan, kelajuan penggetar perminit (rpm) dan campuran media yang optimum ditentukan dahulu melalui ujian kelompok. Ujian penjerapan isoterma serta ujian kinetik penjerapan juga dilakukan dalam penyelidikan ini. Keputusan mendapati bahawa masa penggoncangan dan pengenapan yang optimum adalah 2 jam, kelajuan penggetar yang optimum adalah 350 pusingan perminit manakala campuran media yang optimum adalah 30ml zeolit dan 10ml karbon teraktif. Kajian yang dijalankan ini berjaya membuktikan kemampuan gabungan dua media iaitu zeolit dan karbon teraktif dengan penyingkiran 94.1% untuk logam ferum, 95.6% untuk logam zink dan 69% untuk ammonia pada nisbah isipadu media yang optimum. Nilai isoterma penjerapan Freundlich, 1/n dan Kf untuk ferum ialah 0.6238 dan 0.2098. Untuk zink, nilai 1/n dan Kf ialah 0.7008 and 0.1228 manakala nilai 1/n dan Kf untuk ammonia adalah 1.2641 dan 0.0455. Ujian penjerapan kinetik menunjukkan bahawa penjerapan yang berlaku adalah menurut kinetik tertib kedua di mana nilai R2 untuk ammonia, ferum dan zink adalah masing-masing 0.9520, 0.9957 dan 0.9956 iaitu nilai yang paling menghampiri nilai 1. Persamaan peraturan kinetik kedua untuk ammonia, ferum dan zink adalah t 0.0041 0.3236t , qt t  0.0084  0.2594t qt dan t  0.0012  0.0439t . qt Hasil kajian membuktikan potensi gabungan di antara karbon teraktif dan zeolit untuk digunakan dalam menyingkirkan logam berat dan ammonia dari larut lesapan. Teknologi ini juga berpotensi untuk dikomersialkan untuk jenis air sisa yang lain.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 15 Mar 2023 06:25
Last Modified: 15 Mar 2023 06:25
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57345

Actions (login required)

View Item View Item
Share