Kajian Tren Pemilikan Kereta Di Malaysia

Thong, Wei Yung (2005) Kajian Tren Pemilikan Kereta Di Malaysia. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (274kB) | Preview

Abstract

erdapat peningkatan yang drastik di dalam jumlah kereta di Malaysia terutamanya pada tahun 90-an yang disebabkan oleh berkembangnya ekonomi negara. Peningkatan jumlah ini boleh membawa kebaikan dan keburukan kepada negara. Walaupun ia akan membawa sejumlah besar pendapatan kepada negara menerusi cukai, namun tahap yang semakin meningkat ini tidak akan membawa kebaikan kepada komuniti. Masalah seperti pencemaran alam sekitar, kesesakan lalulintas dan kadar kemalangan yang tinggi adalah sukar dikawal jika ia dibiarkan begitu sahaja. Kajian terhadap sikap pengguna kereta perlu dibuat untuk memahami gaya pemikiran dan untuk mengetahui bagaimana pengguna berinteraksi terhadap isu tersebut. Adalah penting untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi seseorang pengguna memiliki kereta dan bergantung sepenuhnya kepada kereta sebagai pengangkutan utama. Berdasarkan kepada 275 borang kaji selidik, pengangkutan awam yang tidak efektif bukanlah faktor utama yang menyebabkan peningkatan jumlah kereta di Malaysia. Peningkatan jumlah pendapatan, harga kereta yang berpatutan dan mampu untuk dimiliki serta keperluan untuk jenis pengangkutan yang selesa dan boleh dipercayai merupakan faktor penyumbang yang utama. Model pemilikan kereta pula adalah berdasarkan kepada jumlah pendapatan seisi keluarga, bilangan pemegang lesen dan peratus peruntukan daripada pendapatan untuk perbelanjaan pengangkutan. Kajian menunjukkan bahawa pengguna-pengguna kereta di Malaysia akan terus bergantung kepada kereta sebagai pengangkutan yang utama dan adalah sukar untuk berubah kepada pengangkutan awam. Industri automobil di Malaysia dijangka akan terus berkembang pada masa akan datang.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 15 Mar 2023 06:14
Last Modified: 15 Mar 2023 06:14
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57344

Actions (login required)

View Item View Item
Share