Kajian Terhadap Kesan Pengudaraan Ke Atas Kualiti Fizikal Air Di Tasik Harapan, Universiti Sains Malaysia

Md Salleh, Shansharinatulazira (2005) Kajian Terhadap Kesan Pengudaraan Ke Atas Kualiti Fizikal Air Di Tasik Harapan, Universiti Sains Malaysia. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (240kB) | Preview

Abstract

Tasik harapan merupakan sebuah tasik buatan di dalam kampus USM yang terletak di kawasan desasiswa Harapan. Tasik ini mempunyai keluasan seluas 3156 m2 dan mempunyai purata kedalaman setinggi 1.88 m. Tasik ini dijadikan kawasan tadahan selepas pembinaannya dan boleh menampung hampir 6000 m3 air. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan aerator yang telah dipasang di dalam tasik berkenaan. Aerator yang dipasang adalah merupakan jenis Bio-Reco 300 yang mempunyai kekuatan sebanyak 1.18 kW dan 1500 rpm. Memandangkan aerator tersebut kurang berkesan, pada 17 Ogos 2004 pihak pengurusan telah menukarkan aerator tersebut kepada yang lebih besar dan mempunyai lebih kekuatannya iaitu menggunakan Bio-Reco 800 yang mempunyai kekuatan sebanyak 1.5kW dan 3000 rpm. Ujikaji yang dijalankan adalah berkaitan dengan kualiti fizikal air di tasik harapan. Parameter-parameter yang diuji adalah meliputi pH, suhu, kekeruhan, warna, pepejal terampai, pepejal terampai meruap dan logam-logam berat yang terdiri daripada kadmium, ferum, zink dan mangan. Selain untuk mendapatkan nilai yang menepati standard INTERIM NATIONAL WATER QUALITY STANDARDS FOR MALAYSIA ujikaji ini juga bertujuan untuk memperoleh variasi taburan data bagi air tasik yang mewakili stesen-stesen pengambilan sampel bagi setiap parameter yang diuji dengan mendapatkan lakaran kekotak.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 15 Mar 2023 05:18
Last Modified: 15 Mar 2023 05:18
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57342

Actions (login required)

View Item View Item
Share