Kajian Terhadap Ciri-Ciri Enap Cemar Di Tasik Harapan, Universiti Sains Malaysia

Muhammad, Hasmarini (2005) Kajian Terhadap Ciri-Ciri Enap Cemar Di Tasik Harapan, Universiti Sains Malaysia. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (380kB) | Preview

Abstract

Tasik Harapan merupakan sebuah tasik rekreasi buatan yang terletak bersebelahan Desasiswa Harapan dan Pusat Islam Universiti Sains Malaysia dengan keluasan 3156 m2 . Memandangkan keadaan tasik yang tercemar dan kualiti air tasik yang kurang memuaskan serta sering berlaku limpahan apabila hujan lebat, satu kaedah untuk memulihkan kembali keadaan asal air tasik dijalankan dengan menggunakan alat pengudaraan Bio Reco. Berikutan itu, satu kajian telah dijalankan ke atas enap cemar dan mikrobiologi air di Tasik Harapan. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan ciri-ciri fizikal serta kimia enap cemar seperti kandungan lembapan, graviti tentu, ketumpatan pukal dan kandungan logamnya serta mengkaji parameter mikrobiologi air. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah yang dilaksanakan dan menilai tahap pencemaran air di Tasik Harapan. Secara umumnya, keputusan kajian menunjukkan purata kandungan lembapan enap cemar ialah 214.21%, purata graviti tentu ialah 2.02 dan purata ketumpatan pukalnya ialah 1.19 g/cm3 . Purata ketebalan lapisan enap cemar pula ialah 0.27 m. Kepekatan logam ferum di dalam enap cemar menunjukkan purata yang tertinggi diikuti zink dan kromium menunjukkan purata kepekatan yang paling rendah. Dari segi mikrobiologi air, didapati terdapat kehadiran koloni bakteria dan ini menjadi petunjuk kepada paras pencemaran air tasik.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 15 Mar 2023 04:40
Last Modified: 15 Mar 2023 04:40
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57340

Actions (login required)

View Item View Item
Share