Kajian Kesan Halangan Ketika Bas Berhenti Terhadap Kadar Aliran Tepu Dipersimpangan Lampu Isyarat

Hau, Sze Chern (2005) Kajian Kesan Halangan Ketika Bas Berhenti Terhadap Kadar Aliran Tepu Dipersimpangan Lampu Isyarat. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (218kB) | Preview

Abstract

Faktor pelarasan halangan ketika bas berhenti merupakan satu pembetulan bagi aliran tepu kenderaan yang bergerak melalui persimpangan lampu isyarat. Iaitu, aliran tepu yang berlaku di persimpangan berlampu isyarat bagi kenderaan yang mengalami kesan halangan ketika terdapat bas yang berhenti di perhentian bas pada jarak kira-kira 7.5 meter daripada persimpangan merupakan salah satu parameter kejuruteraan lalu lintas yang biasanya mempengaruhi kapasiti sesuatu persimpangan berlampu isyarat. Parameter-parameter lain yang mempengaruhi kapasiti dan aras perkhidmatan di persimpangan berlampu isyarat ialah perbarisan kenderaan, ruang yang diterima dan kelengahan. Dalam pergerakan lalu lintas di persimpangan berlampu isyarat akan dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti komposisi lalu lintas, keadaan geometri jalan raya, ciri-ciri lorong samada untuk pergerakan terus dan pergerakan membelok. Sebagai seorang jurutera rekabentuk bertanggungjawab untuk memastikan persimpangan yang direkabentuk tidak mengalami masalah kesesakan untuk satu tempoh masa tertentu. Seorang jurutera rekabentuk akan cuba mengandaikan kadar aliran kenderaan yang melalui persimpangan berlampu isyarat tersebut dengan mempertimbangkan beberapa faktor pelarasan seperti faktor pelarasan halangan ketika bas berhenti, pelarasan cerun dan sebagainya. Di samping itu, kajian-kajian telah dilakukan di beberapa persimpangan berlampu isyarat di Jalan Sungai Dua dan Jalan Makro. Dalam kajian ini, kaedah data cerapan lapangan, kaedah Highway Capacity Manual 1994, kaedah Arahan Teknik Jalan 13/87 telah digunakan untuk mendapatkan aliran tepu di persimpangan-persimpangan tersebut. Kemudian keputusan yang diperolehi dibandingkan di antara satu kaedah dengan kaedah lain. Berdasarkan perbandingan yang dibuat, kaedah penganalisisan yang paling tepat akan diperolehi. Sebagai hasil kajian, kadar aliran tepu berdasarkan data cerapan di persimpangan tersebut adalah lebih menghampiri kadar aliran tepu yang dianalisiskan berdasarkan kaedah HCM 1994 berbanding hasil analisis dengan menggunakan kaedah Arahan Teknik Jalan 13/87. Ini adalah disebabkan dalam kaedah HCM 1994 menimbangkan faktor kesan halangan ketika bas berhenti, memandangkan lokasi persimpangan lampu isyarat tersebut terdapat perhentian bas yang berdekatan.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 15 Mar 2023 03:33
Last Modified: 15 Mar 2023 03:33
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57333

Actions (login required)

View Item View Item
Share