Kajian Ke Atas Penggunaan Acuan Kekotak Aluminium (Aluminium Formwork) Dalam Industri Pembinaan

Poniran, Mohamad Hanif (2005) Kajian Ke Atas Penggunaan Acuan Kekotak Aluminium (Aluminium Formwork) Dalam Industri Pembinaan. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (223kB) | Preview

Abstract

Sektor pembinaan di Malaysia telah bertambah maju, di mana ianya sejajar dengan perlaksanaan Wawasan 2020 yang akan ditempuhi kelak. Di dalam bidang pembinaan terdapat dua perkara yang menjadi aspek utama iaitu dari segi kos dan masa. Oleh itu, amatlah penting untuk mengkaji kaedah-kaedah pembinaan yang terkini terutamanya yang membabitkan penggunaan acuan kekotak. Kos untuk acuan kekotak sahaja menelan hampir 30 % kepada kos keseluruhan projek. Ekoran daripada itu, satu kajian telah dijalankan berhubung dengan kesesuaian penggunaan kaedah acuan kekotak daripada aluminium ini. Dalam kajian ini, kaedah yang agak sesuai dilaksanakan adalah kaedah soal selidik. Kaedah ini memberikan satu bentuk yang agak global dan di analisis kepada data-data yang bersesuaian. Antara topik major yang di bincangkan adalah kelebihan dan cara penggunaan acuan kekotak aluminium ini jika diaplikasikan di sektor pembinaan. Berdasarkan kepada kajian yang di jalankan, ternyata penggunaan sistem ini memberikan kesan yang baik kepada penjimatan masa dan kos projek serta lebih mesra alam jika dibandingkan dengan kaedah konvisional. Oleh itu, sebagai cadangan amatlah penting proses pemilihan kaedah acuan kekotak yang bersesuaian bagi sesuatu projek, ianya dirancang dengan penuh teliti seterusnya dapat meminimumkan kos projek.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 02 Mar 2023 09:27
Last Modified: 02 Mar 2023 09:27
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57178

Actions (login required)

View Item View Item
Share