Kaedah Olahan Fizikal Menggunakan Campuran Media Zeolit Dan Batu Kapur Dalam Menyingkirkan COD Dan Warna Dari Larut Lesapan Semi-Aerobik Tapak Pelupusan Pulau Burung

Ramli, Rohalina (2005) Kaedah Olahan Fizikal Menggunakan Campuran Media Zeolit Dan Batu Kapur Dalam Menyingkirkan COD Dan Warna Dari Larut Lesapan Semi-Aerobik Tapak Pelupusan Pulau Burung. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (299kB) | Preview

Abstract

Keperluan Oksigen Kimia (COD) dan warna merupakan di antara parameter larut lesapan yang boleh mencemarkan alam sekitar. Di negara kita, kajian terhadap rawatan larut lesapan adalah terhad, terutamanya rawatan secara penjerapan. Teknik rawatan larut lesapan melalui kaedah kimia dan biologi menelan belanja yang besar dan sehingga kini masih belum terbukti boleh mencapai standard yang ditetapkan. Beberapa kajian yang telah dijalankan sebelum ini telah membuktikan bahawa kaedah olahan fizikal seperti penggunaan arang kayu dan batu kapur mampu menangani tahap pencemaran larut lesapan. Kajian yang dijalankan ini adalah berkisar kepada penggunaan campuran media zeolit dan batu kapur dalam olahan fizikal untuk menyingkirkan COD dan warna dari larut lesapan semi-aerobik di Tapak Pelupusan Pulau Burung (TPPB). Pencampuran di antara batu kapur dan zeolit menguntungkan kerana kos batu kapur adalah rendah. Ujikaji-ujikaji kelompok telah dilakukan seperti penentuan masa-masa pengoncangan dan masa pengenapan yang optimum, halaju kocakan (rpm), campuran optimum zeolit dan batu kapur, isoterma penjerapan serta penentuan mekanisma penyingkiran secara penjerapan melalui ujikaji kinetik. Dengan menggunakan masa pengoncangan dan pengenapan masing-masing selama 2 jam dengan halaju kocakan 300 rpm, keputusan ujian menunjukkan bahawa campuran zeolit dan batu kapur pada nisbah 25:15 mampu menyingkirkan sebanyak 15% COD dan 50% warna. Isoterma penjerapan Freundlich menunjukkan bahawa nilai 1/n dan kf bagi ujikaji COD masing-masing ialah 11.292 dan 2124. Nilai 1/n dan kf bagi warna pula ialah ialah -2.2232 dan 10x10-6. Penjerapan kimia berlaku dalam penyingkiran COD dan warna kerana graf yang terhasil memenuhi hukum kinetik kedua, di mana nilai R2 bagi COD dan warna adalah masing-masing 0.937 dan 0.9927.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 02 Mar 2023 09:21
Last Modified: 02 Mar 2023 09:21
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57177

Actions (login required)

View Item View Item
Share