Hubungan Sifat Keliangan Dengan Kekuatan Mampatan Untuk Bata Tanah Liat

Sharil, Abdul Rasyid (2005) Hubungan Sifat Keliangan Dengan Kekuatan Mampatan Untuk Bata Tanah Liat. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (260kB) | Preview

Abstract

Penggunaan batu bata dalam dunia pembinaan sebagai bahan binaan telah berkembang pesat sejak berpuluh – puluh tahun yang lepas. Sifat - sifat yang terdapat pada batu bata merupakan elemen penting dalam menentukan kualiti sesuatu batu bata. Sifat – sifat ini ialah seperti kekuatan mampatan, kadar penyerapan air, kebolehtelapan, kebolehkerjaan, ketahanlasakan dan kadar permulaan serapan air. Sifat – sifat ini dikawal oleh taburan saiz liang batu bata. Projek ini mengkaji hubungan taburan saiz liang batu bata terhadap kekuatan mampatan batu bata tersebut. Selain itu, projek ini juga mengkaji pengaruh taburan saiz liang terhadap sifat – sifat bata yang lain seperti kadar penyerapan air dan sifat kebolehtelapan. Kajian dijalankan berpandukan ujian – ujian yang telah dilakukan keatas batu bata. Ujian – ujian tersebut adalah ujian kekuatan mampatan, ujian tekanan vakum dan ujian tekanan Nitrogen. Ujian tekanan vakum untuk menentukan taburan saiz liang dan kadar penyerapan air. Ujian tekanan Nitrogen untuk menentukan kebolehtelapan. Ujian – ujian ini berpandukan kepada piawaian British iaitu BS 3921 : May 1974 dan BS 3921 : 1985.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 02 Mar 2023 09:15
Last Modified: 02 Mar 2023 09:15
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57176

Actions (login required)

View Item View Item
Share