Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kekuatan Mampatan Terhadap Prisma Bata Tanah Liat Bakar

Mustafa, Muhamad Akmal (2005) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kekuatan Mampatan Terhadap Prisma Bata Tanah Liat Bakar. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (467kB) | Preview

Abstract

Disertasi ini mempersembahkan kajian makmal terhadap parameter yang mempengaruhi kekuatan mampatan terhadap prisma bata tanah liat bakar iaitu; nisbah kelansingan, ketebalan sambungan mortar, jenis mortar dan tempoh pengawetan. Bata kejuruteraan jenis SK-30 telah dipilih sebagai bahan utama kajian. Hasil keputusan menunjukkan perbezaan parameter memberikan kesan yang nyata terhadap kekuatan mampatan prisma bata. Kesan nisbah kelansingan menunjukkan, kekuatan mampatan prisma bata berkurang apabila ketinggian prisma meningkat daripada 2 hingga 3.3, dan prisma bata yang mempunyai nisbah kelansingan, h/t =2 memberikan nilai kekuatan mampatan yang paling tinggi. Ketebalan ikatan prisma bata 10 mm memberikan nilai rintangan terhadap kekuatan mampatan yang tinggi berbanding ketebalan ikatan 15 mm. Nisbah campuran mortar jenis (i) memberikan nilai kekuatan mampatan yang paling tinggi. Kekuatan mampatan prisma bata meningkat dengan masa daripada hari ke 14 hingga hari ke 28. Antara faktor lain yang mempengaruhi kekuatan mampatan prisma bata ialah kadar serapan awalan bata. Hasil keputusan menunjukkan nilai kadar serapan awalan unit bata ialah 4.31 g/min.30mm2.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 02 Mar 2023 08:45
Last Modified: 02 Mar 2023 08:45
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57171

Actions (login required)

View Item View Item
Share