Analisis Dan Rekabentuk Dewan Serbaguna Mahkamah Kuala Terengganu Berasaskan Binaan Struktur Kerangka Portal

Syed Ahmad, Syed Mohd Syawal (2005) Analisis Dan Rekabentuk Dewan Serbaguna Mahkamah Kuala Terengganu Berasaskan Binaan Struktur Kerangka Portal. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (228kB) | Preview

Abstract

Struktur binaan kerangka portal biasanya digunakan bagi membina bangunan yang mempunyai panjang bukaan rentangnya yang besar. Kerangka portal ini biasa digunakan dalam pembinaan kilang, gudang, dewan dan hangar pesawat. Kerangka portal amat sesuai bagi bangunan-bangunan seperti ini kerana mempunyai ruang atas yang besar dan lapang. Walaupun kos pembinaannya adalah tinggi, namun kerja-kerja pembinaan struktur ini adalah lebih mudah. Bagi projek pembinaan dewan serbaguna mahkamah Kuala Terengganu, kerangka portal menjadi pilihan sebagai struktur utamanya. Bukaan rentang dewan ini adalah sepanjang 25.2m dengan ketinggian 16.1m dan panjang 41m. Selain daripada beban mati dan beban hidup, beban angin turut dipertimbangankan dalam analisis kerangka portal dewan ini. Pertimbangan beban angin adalah berdasarkan MS 1553 : 2002 dan BS 6399 : Part 2 : 1995. Pertimbangan ini penting kerana keadaan angin di Malaysia adalah berbeza daripada negara-negara lain seperti di Eropah. Analisis kerangka portal adalah dibantu dengan perisian komputer Structural Analysis (Aslam Kassimali, 1999) bagi mendapatkan tindakbalas daya dan momen di penyokong. Dua kaedah digunakan dalam merekabentuk kerangka portal dewan ini bagi mendapatkan saiz keratannya iaitu secara manual dan dengan menggunakan perisian komputer S-Frame. Sementara itu, rekabentuknya adalah menurut kod amalan BS 5950 : Part1 : 2000. Keputusan kajian menunjukkan bahawa saiz keratan yang diperolehi daripada pengiraan secara manual ialah 838 X 292 X 176 kg UB dan dengan menggunakan S-Frame pula ialah 914 X 419 X 343 kg UB.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 01 Mar 2023 02:01
Last Modified: 01 Mar 2023 02:01
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57121

Actions (login required)

View Item View Item
Share