Pengelasan Mineralogi Dan Kimia Bagi Lempung Dari Sarawak Barat, Malaysia Untuk Kegunaan Dalam Industri Jubin Di Malaysia

Abdul Rahman, Hazrina (2004) Pengelasan Mineralogi Dan Kimia Bagi Lempung Dari Sarawak Barat, Malaysia Untuk Kegunaan Dalam Industri Jubin Di Malaysia. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (240kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji ciri-ciri kimia, mineralogi, fizikal dan sifat0sifat jasad bakar lempung dan melihat kesesuaiannya untuk kegunaan dalam industri seramik terutamanya industri jubin. Lima sampel dikutip dari empat kawasan di Sarawak Barat yang setiap satunya diambil di Kampung Sebangkoi, Kawasan Jaong dan Telaga Air serta dua sampel dikutip di Kampung Keranji Serayan. Kajian mineralogi dan kajian kimia dijalankan untuk mengenalpasti kehadiran fasa mineral dan kandungan oksida dalam sampel. Analisis yang telah dijalankan ialah analisis sinar-x, penentuan morfologi, analisis taburan saiz partikel, penentuan pH, penentuan kandungan bahan meruap dan kandungan lengasan. Manakala kajian sifat fizikal lempung pula dijalankan untuk mengenalpasti ciri-ciri fizikal sampel dan kajian yang telah dijalankan ialah penentuan spesifik graviti, penentuan indeks keplastikan dan pemerhatian warna sampel mentah. Kajian juga dijalankan ke atas sampel bakar bagi menentukan sifat-sifat jasad selepas bakar. Kajian yang telah dijalankan ialah ujian kecut bakar, ujian kekuatan , pemerhatian warna jasad, ujian keliangan, serap air dan ketumpatan pukal. Daripada kajian ini, didapati kesemua sampel mempunyai kandungan fasa mineral yang sama iaitu kaolinit, illit, mika dan kuarza. Peratus oksida juga menunjukkan kewujudan oksida yang hampir sama cuma berbeza dari segi kuantitinya. Kesemua sampel mempunyai morfologi berbentuk emping berkepingan yang menunjukkan kewujudan kaolinit. Bagi analisis partikel saiz, kesemua sampel mempunyai peratus partikel kurang dari dua mikron yang melebihi 40% kecuali sampel Jaong. Oleh sebab itu, sampel Jaong mempunyai indeks keplastikan yang rendah. Untuk jasad bakar pula, sampel yang mengalami kecut bakar yang tinggi akan mempunyai kadar keliangan yang sedikit dan akan mempunyai kadar serapan air yang rendah. Namun begitu, ia akan mempunyai ketumpatan pukal yang tinggi. Selain itu, kekuatan jasad juga akan meningkat dengan peningkatan suhu. Warna jasad akan menjadi semakin putih dengan kenaikan suhu. Selepas dibandingkan dengan spesifikasi LORENZ, tidak ada sampel yang memenuhi kesemua spesifikasi yang telah ditetapkan. Namun begitu, sampel dari Kampung Keranji-Serayan (B) mempunyai ciri-ciri yang hampir memenuhi spesifikasi ini. Oleh itu, sampel dari Kampung Keranji-Serayan (B) dicadangkan sebagai sampel yang sesuai digunakan dalam industi jubin dinding dan jubin lantai.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TN Mining Engineering. Metallurgy
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral (School of Material & Mineral Resource Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 28 Feb 2023 09:10
Last Modified: 28 Feb 2023 09:10
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57093

Actions (login required)

View Item View Item
Share