Pencirian Kesesuaian Kaolin Dari Gua Musang, Kelantan Untuk Kegunaan Industri Kertas

Che Halin, Dewi Suriyani (2004) Pencirian Kesesuaian Kaolin Dari Gua Musang, Kelantan Untuk Kegunaan Industri Kertas. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (351kB) | Preview

Abstract

Projek ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji sifat-sifat kaolin tempatan untuk kegunaan industri kertas. Kajian ini melibatkan sifat-sifat kimia dan fizikal. Sampel diperolehi dari kawasan sekitar Gua Musang, Kelantan. Kaolin merupakan satu bahan yang berwarna putih dan berbutir halus. Ia dikaji untuk mengetahui kesesuaiannya dalam sesuatu kegunaan industri. Beberapa ujian pencirian telah dijalankan ke atas setiap sampel iaitu penentuan taburan saiz partikel, luas permukaan, kecerahan, warna, kelikatan, kelembapan, komposisi kimia, kehilangan bahan meruap dan juga pH. Ujian pencirian ini dijalankan untuk menunjukkan kesesuaian kegunaan kaolin dalam industri kertas. Berdasarkan kepada ujian pencirian, didapati kaolin Gua Musang kurang sesuai untuk digunakan dalam pembuatan kertas. Oleh yang demikian, sampel kaolin ini perlu melalui satu proses benefisiasi melalui teknik delaminasi. Delaminasi adalah satu proses iaitu sejumlah besar susunan kaolinit diasingkan kepada beberapa kepingan nipis. Proses ini melibatkan pengocakan buburan kaolin pada terikan tinggi dengan palet pada ketumpatan pukal yang optimum.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TN Mining Engineering. Metallurgy
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral (School of Material & Mineral Resource Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 28 Feb 2023 09:03
Last Modified: 28 Feb 2023 09:03
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57092

Actions (login required)

View Item View Item
Share