Kegunaan Karbon Teraktif Dan Resin Dalam Merawat Air Sisa Menggunakan Kaedah Kolum

Chen, Chee Siung (2004) Kegunaan Karbon Teraktif Dan Resin Dalam Merawat Air Sisa Menggunakan Kaedah Kolum. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (241kB) | Preview

Abstract

Projek ini melibatkan penyingkiran logam berat menggunakan karbon teraktif dan resin. Sistem ini melibatkan 3 unit operasi iaitu kolum karbon teraktif, kolum resin penukaran ion serta kombinasi kolum karbon teraktif dan resin. Industri pembuatan menghasilkan air sisa yang berbahaya kepada alam sekitar dan organisma hidup. Dengan itu, objektif projek ini adalah untuk menghasilkan penyelesaian yang efektif untuk mengurangkan kandungan logam berat dalam air sisa, dengan menggunakan karbon teraktif jenis “Versatec” dan resin IRC 718. Sumber air sisa yang mengandungi zink ini diperoleh daripada kilang penghasilan sarung tangan di Pulau Pinang. Parameter-parameter yang dititikberatkan dalam kajian ini adalah masa retensi, jisim karbon teraktif / resin, ketinggian kolum dan juga pH. Sebanyak 11 eksperimen dijalankan untuk menentukan keefektifan penjerapan antara karbon teraktif dan resin ke atas 2 jenis logam berat yang berbeza, iaitu zink dan kuprum. Daripada kajian, resin IRC 718 menunjukkan penjerapan yang lebih baik berbanding dengan karbon teraktif “Versatec”. Adalah jelas bahawa penjerapan zink oleh resin dan karbon teraktif adalah lebih baik daripada kuprum. Keputusan menunjukkan peratusan penjerapan oleh zink dan kuprum ke atas resin IRC 718 berjulat dari 93.83% hingga 98.96%. Selain itu, peratusan penjerapan oleh karbon teraktif Versatec mempamerkan nilai yang lebih rendah, iaitu antara 79.72% hingga 89.45%. Tambahan pula, eksperimen yang melibatkan kombinasi resin dan karbon teraktif dalam kolum juga dijalankan. Analisis xi AAS menunjukkan penjerapan adalah 100% berbanding dengan unit yang menggunakan resin atau karbon teraktif. Dengan meninjau sudut lain pula, eksperimen isoterma penjerapan juga dijalankan untuk menentukan penjerapan zink dan kuprum. Tambahan pula, perbandingan keupayaan penjerapan antara karbon teraktif dan resin dijalankan. Kesimpulannya, resin dan karbon teraktif memainkan peranan yang penting dalam penjerapan logam berat daripada air sisa.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TN Mining Engineering. Metallurgy
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral (School of Material & Mineral Resource Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 28 Feb 2023 07:54
Last Modified: 28 Feb 2023 07:54
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57085

Actions (login required)

View Item View Item
Share