Kaitan Antara Perundangan Kuari Dengan Industri Pengkuarian

Zainon Najib, Nor Wahidatul Azura (2004) Kaitan Antara Perundangan Kuari Dengan Industri Pengkuarian. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (451kB) | Preview

Abstract

Undang-undang, kaedah-kaedah dan prosedur-prosedur yang dipraktikkan di dalam industri pengkuarian terdapat dalam pelbagai bentuk di mana penguatkuasaan sepenuhnya adalah penting bagi mencapai kecekapan dan operasi yang selamat. Matlamat projek ini adalah untuk mengaitkan operasi di sesebuah kuari dengan perundangan kuari seperti Kaedah-kaedah Kuari Perak 1992, Akta Bahan Letupan 1957, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan perundangan lain yang berkaitan. Antara perkara lain yang dimuatkan adalah berkenaan dengan kesan sebelum dan selepas perundangan kuari dikuatkuasakan. Selain itu, turut dibincangkan adalah mengenai masalah yang timbul daripada perundangan kuari ini dan cadangan sebagai jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. Di akhir disertasi ini merumuskan bahawa perundangan kuari telah banyak membawa kesan positif terhadap industri pengkuarian dan penting dikuatkuasakan bagi menjamin kecekapan dan keselamatan operasi kuari.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TN Mining Engineering. Metallurgy
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral (School of Material & Mineral Resource Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 28 Feb 2023 07:20
Last Modified: 28 Feb 2023 07:20
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57081

Actions (login required)

View Item View Item
Share