Penggunaan Ujian Tanpa Musnah Ke Atas Struktur Kayu

Tan, Poh Soon (2004) Penggunaan Ujian Tanpa Musnah Ke Atas Struktur Kayu. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (365kB) | Preview

Abstract

Ujian tanpa musnah umpamanya ujian tukul pantulan dan ujian halaju denyutan ultrabunyi digunakan untuk mengkaji kesesuaian ujian-ujian tersebut dapat dijalankan terhadap struktur kayu. Dua jenis kayu daripada kumpulan S.G (strength group) yang berlainan telah dipilih daripada Table 3 dalam MS 544: Part 2: 2001, “Code Of Practice For Structural Use Of Timber: Part 2: Permissible Stress Design Of Solid Timber”, Malaysian Standard untuk dijadikan kajian. Lima sampel kayu daripada setiap jenis kayu itu disediakan bagi mendapatkan nilai purata dan membuat perbandingan terhadap kedua-dua ujian tersebut. Kesan kandungan lembapan terhadap kedua-dua ujian tersebut yang terdapat dalam kayu diukur daripada setiap sampel kayu yang telah digunakan dalam ujikaji. Nombor Rebound yang diperoleh dalam arah serenjang dengan ira kayu adalah lebih tinggi daripada Nombor Rebound yang diperoleh dalam arah selari dengan ira kayu dan nilai Nombor Rebound meningkat dengan peningkatan kekuatan kayu yang diuji. Halaju denyutan dalam arah selari dengan ira kayu adalah lebih laju daripada halaju denyutan dalam arah serenjang dengan ira kayu dan halaju denyutan meningkat dengan peningkatan kekuatan kayu yang diuji. Halaju denyutan selari dengan ira kayu mempunyai kolerasi yang baik dengan kekuatan mampatan yang selari dengan ira kayu bagi kedua-dua jenis kayu. Nombor Rebound yang diperoleh pada arah serenjang ira kayu mempunyai kolerasi yang baik dengan kekuatan mampatan yang selari dengan ira kayu. Kombinasi maklumat daripada ujian tukul pantulan dan ujian halaju denyutan ultrabunyi yang lebih teliti diperlukan untuk menjangka kekuatan mampatan yang selari dengan ira kayu.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 28 Feb 2023 07:11
Last Modified: 28 Feb 2023 07:11
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57080

Actions (login required)

View Item View Item
Share