Kajian Mengenalpasti Kecacatan Pada Anggota Struktur Bangunan Kayu Sediada

Chen, Fook Keong (2004) Kajian Mengenalpasti Kecacatan Pada Anggota Struktur Bangunan Kayu Sediada. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (623kB) | Preview

Abstract

Kajian ini tertumpu kepada mengenalpasti kecacatan dan punca-puncanya pada anggota struktur kayu berdasarkan spesis atau kumpulan kekuatan. Dua buah bangunan kayu sediada yakni Stesen Keretapi Sungai Nal, Kuala Krai dan Kuarters Kerajaan, Pasir Puteh telah dipilih sebagai model untuk kajian. Anggota struktur yang dikaji adalah rangka kekuda, rasuk, tiang, gelegar dan papan lantai. Pemeriksaan secara visual dan ujian pengecaman kayu dilakukan di lapangan untuk mengenalpasti dan menentukan kategori kecacatan serta spesis supaya dapat membantu dalam kerja-kerja penilaian, penyelenggaraan dan penambahbaikan bangunan kayu dengan lebih sistematik dan effisien lagi. Kajian ini juga menyemak kaedah konvensional yang diamalkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR Daerah) dalam pembaikpulihkan bangunan kayu. Beberapa kaedah pembaikan dan pencegahan yang telah dipraktikkan oleh American Society of Civil Engineers dapat diperkenalkan dalam kajian. Hasil daripada pemeriksaan, Merbau, salah satu spesis yang tahanlasak, amat popular digunakan untuk pembinaan pada zaman dahulu. Corak kecacatan yang dikenalpasti adalah hampir sama walaupun fungsi, lokasi, persekitaran dan penyelenggaraan bangunan berbeza. Kajian mendapati 73% kayu merosot adalah disebabkan oleh air yang juga merupakan musuh utama kepada kayu. Antara agen perosak kepada kayu yang tinggi ialah anai-anai. 70% daripada kecacatan yang berlaku dapat dicegah semasa bangunan dalam perkhidmatan manakala 30% lagi dapat dielakkan semasa bangunan dibina. Akhir sekali, beberapa cadangan telah dikemukakan termasuk senarai semakan untuk mempertingkatkan lagi kerja-kerja penilaian dan pemulihan struktur kayu.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 28 Feb 2023 06:59
Last Modified: 28 Feb 2023 06:59
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57078

Actions (login required)

View Item View Item
Share