Kajian Kemapanan Perkhidmatan Feri Di Pulau Pinang

Md Nasir, Nurul ‘Ashikin (2004) Kajian Kemapanan Perkhidmatan Feri Di Pulau Pinang. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Feri Pulau Pinang merupakan salah satu ragam pengangkutan yang digunakan untuk menuju ke Pulau Pinang dan Seberang Perai. Namun pada hari ini, perkhidmatan ini menjadi semakin kurang digunakan ekoran daripada pembinaan Jambatan Pulau Pinang pada tahun 1985. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui perkhidmatan feri pada masa sekarang, mengkaji kemampuan perkhidmatan ini untuk bertahan pada masa akan datang dan juga mengenal pasti pesaing-pesaing feri seperti Jambatan Pulau Pinang dan Laluan Kedua Pulau Pinang yang dicadang untuk dibina kelak. Dalam kajian ini, maklumat primer dan sekunder telah digunakan. Maklumat primer telah diperolehi melalui kaedah soal selidik dan temubual. Keputusan yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan bahawa perkhidmatan ini mengalami kerugian dalam operasi hariannya di samping pengguna yang semakin berkurangan menggunakan perkhidmatan ini. Sekiranya keadaan ini tidak diperbaiki, kemapanan perkhidmatan Feri Pulau Pinang akan terjejas. Cadangan seperti menaikkan taraf perkhidmatan feri kepada feri laju jenis catamaran dan membina pusat perniagaan di terminal feri perlu diteliti agar perkhidmatan ini menjadi pilihan pengguna. Tanpa cadangan alternatif seperti ini, perkhidmatan feri sebenarnya tidak mampu lagi untuk meneruskan operasi hariannya.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 28 Feb 2023 06:43
Last Modified: 28 Feb 2023 06:43
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57076

Actions (login required)

View Item View Item
Share