Penggunaan Ujian Teras Mikro Sebagai Satu Alternatif Ujian Konkrit Di Situ

Ismail, Shaiful Bahari (2003) Penggunaan Ujian Teras Mikro Sebagai Satu Alternatif Ujian Konkrit Di Situ. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (265kB) | Preview

Abstract

Terdapat pelbagai jenis ujian konkrit di-situ yang dilaksanakan kini. Antara ujian yang lazim dilaksanakan ialah ujian kekuatan mampatan teras yang diperolehi daripada struktur sedia ada. Di dalam ujian ini struktur konkrit yang dibina digerudi untuk mendapatkan sampel teras dan kemudian diuji bagi mendapatkan satu nilai kekuatan ciri konkrit. Namun begitu ujian ini merupakan satu ujian yang berisiko tinggi di mana terdapat beberapa permasalahan yang berlaku terhadap struktur konkrit tersebut. Berikutan itu, satu ujian baru cuba dihasilkan dengan menggunakan teori yang sama iaitu dengan melaksanakan kaedah yang dipanggil ujian kekuatan mampatan teras mikro agar dapat mengatasi permasalahan terhadap ujian yang sedia ada. Maka dengan ini tujuan penyelidikan ini dilaksanakan adalah untuk mendapatkan satu hubungan antara kekuatan mampatan teras mikro dengan kekuatan mampatan kiub piawai, untuk digunakan sebagai rujukan dalam mentafsirkan kekuatan konkrit di tapak binaan. Sebanyak 150 sampel teras mikro dan 30 kiub piawai (150mm x 150mm x 150mm) mengikut 5 jenis campuran konkrit digunakan didalam penyelidikan ini. Sampel konkrit telah diuji pada umur 7 dan 28 hari. Hasil penyelidikan telah menunjukkan satu kolerasi yang baik di antara kekuatan teras mikro dengan kiub piawai. Akhir sekali, segala perubahan atau maklumat di dalam penyelidikan sampel konkrit turut diambil perhatian sebagai satu keputusan penyelidikan yang penting berpandukan kepada beberapa rujukan yang dipercayai.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 27 Feb 2023 09:17
Last Modified: 27 Feb 2023 09:25
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57051

Actions (login required)

View Item View Item
Share