Development Of Manufacturing Cell

Ong, Toon Sai (2001) Development Of Manufacturing Cell. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (447kB) | Preview

Abstract

Sistem pembuatan sel merupakan gabungan beberapa mesin boleh aturcara yang dapat memproses pelbagai komponen yang terdiri daripada keluarga yang sama. Ia mula dikenali pada 1920-an dan kini berkembang luas dalam bidang perindustrian. Sistem ini juga saling bertukaran dengan sistem pembuatan anjal bergantung kepada aplikasi, kesukaran, saiz sistem dan lain-lain. Untuk itu, projek ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang kegunaan automasi dalam bidang perindustrian. Seterusnya, merekabentuk satu sistem pengawalan automatik dengan penggunaan pengaturcaraan kawalan logik (PLC). Secara umumnya, kajian ini dibahagikan kepada 3 peringkat. Peringkat pertama ialah membuat kajian ilmiah tentang pembuatan sel supaya boleh mengetahuinya secara lebih dalam. Peringkat kedua ialah mempelajari perisian perisian seperti WINCAPS dan PLC yang perlu digunakan dalam projek. Manakala peringkat yang terakhir ialah menjalankan ujian kepada aturcara yang telah direkabentuk. Selepas melalui peringkat-peringkat ini, satu sistem automasi yang menggunakan robot, penghantar dan pengesan diperolehi. Dalam sistem ini, robot akan mengangkat benda objek yang dibawa oleh penghantar dari satu kedudukan ke kedudukan yang lain di mana kedua-dua kedudukan objek ini terletaknya pengesan yang akan memberi isyarat kepada robot untuk beroperasi. Selain itu, satu penghalang diletak pada kedudukan pertama bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan objek yang akan diambil dan semua operasi ini adalah dikawal oleh PLC.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (School of Mechanical Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 27 Feb 2023 08:29
Last Modified: 27 Feb 2023 08:29
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57045

Actions (login required)

View Item View Item
Share