Analisis Persembahan Pengumpul Tenaga Suria Plat Rata

Yeoh, Pang Tee (2001) Analisis Persembahan Pengumpul Tenaga Suria Plat Rata. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (337kB) | Preview

Abstract

Pengumpul tenaga suria plat-rata adalah salah satu daripada alat yang digunakan untuk applikasi-applikasi Pemanasan Air Domestik secara Tenaga Suria (DSWH), proses terma dalam industri dan kejuruteraan tenaga suria. Dasar kerja sebuah pengumpul tenaga suria plat-rata ialah is menyerap tenaga radiasi yang dibekalkan dari matahari dan memindahkan haba yang diserap kepada bendalir yang digunakan untuk memanaskan air. Pada masa kini, terdapat peningkatan dalam bilangan pengumpul plat-rata yang digunakan kerana ia merupakan alternatif yang lebih murah dalam pemanasan air. Dengan ini, tujuan projek ini adalah untuk menyelidik kesan beberapa parameter terhadap persembahan pengumpul tenaga suria plat-rata dan akhirnya menunjukkan bagaimana pengumpul yang optimum dapat dibina daripada analisis ini. Satu analisis yang perinci mengenai pengumpul tenaga suria plat-rata telah dijalankan untuk meramalkam persembahan pengumpul ini dalam bentuk suhu plat min, fluks tenaga berguna dan kecekapan. Dengan mengubah parameter-parameter rekabentuk dan pengoperasian, analisis pemgumpul adalah berdasarkan teori penyerapan radiasi, kehilangan haba dan suhu pemgumpul. Sebuah program menganalisa pemgumpul tenaga suria plat-rata (FPSCAP) telah dihasilkan menggunakan C++ untuk membantu dalam menganalisa kesan pelbagai parameter tersebut dalam persembahan sesebuah pemgumpul. FPSCAP berupaya mengevaluasikan persembahan pengumpul dengan mengira tenaga suria setiap jam, sudut anjakan pemgumpul dan suhu keluaran bendalir. Program ini juga dapat menentukan kecekapan pengumpul apabila pengumpul tersebut beroperasi pada keadaan-keadaan yang ditentukan oleh pengguna. Keadaan-keadaan ini termasuklah hari, lokasi pengumpul (dalam darjah latitud), parameter fizikal dan parameter pengoperasian pengumpul. Daripada analisis ini, parameter-parameter yang dikaji adalah diameter tiub yang digunakan untuk mengalirkan bendalir untuk pemindahan haba, jarak di antara tiub, tebal plat penyerap, kadar alir jisim bendalir untuk pemindahan haba dan suhu masukan bendalir. Dengan itu, mengoptimumkan parameter-parameter ini dapat menaikkan persembahan pengumpul tenaga suria plat-rata dari segi kecekapan. Ini dicapai dengan memaksimakan diameter tiub, tebal plat penyerap dan kadar alir jisim di samping meminimumkan jarak di antara tiub dan suhu masukan bendalir. Perbandingan di antara kecekapan harian pengumpul bagi tempoh satu tahun telah dijalankan dan keputusan memberikan kenaikan kecekapan sebanayak 8.6%. Nilai ini hampir malar bagi setiap hari kerana parameter-parameter telahpun dioptimumkan.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (School of Mechanical Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 27 Feb 2023 08:07
Last Modified: 27 Feb 2023 08:07
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57042

Actions (login required)

View Item View Item
Share