Sukatan Prestasi Pembuatan

Ramly, Mohd Rizal (2000) Sukatan Prestasi Pembuatan. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (228kB) | Preview

Abstract

Aktiviti pembuatan merupakan salah satu elemen penting dalam perindustrian sesebuah negara. Dalam erti kata lain, dalam perniagaan aktiviti pembuatan dapat memberi manfaat kepada syarikat dan juga ekonomi sesebuah negara. Maka adalah penting bagi sesebuah syarikat untuk memperolehi keuntungan yang sewajarnya daripada aktiviti yang dilakukan. Apabila dilihat dengan teliti, industri pembuatan perlu mempunyai strateginya yang akan dapat merealiasasikan objektif syarikat. Dalam projek ini, kajian dibuat untuk melihat bagaimana prestasi pembuatan ditentukan bagi sesebuah syarikat. Andaian yang dibuat ialah prestasi pembuatan seharusnya selari dengan strategi sesuatu syarikat untuk memperolehi kejayaan yang berterusan. Kajian ini akan menilai samaada persaingan semulajadi akan mempengaruhi jenis-jenis sukatan prestasi pembuatan yang digunakan oleh firma dalam bidang pembuatan. Secara keseluruhannya, tiada bukti menunjukkan bahawa faktor kewangan adalah lebih penting berbanding dengan faktor bukan kewangan ataupun sebaliknya dalam mengira prestasi pembuatan sesuatu firma. Penekanan yang diberikan oleh pengukur kawalan belanjawan tradisi, yang dinamakan belanjawan lawan nilai sebenar dan kepelbagaian kos adalah lebih rendah daripada sesetengah faktor bukan kewangan seperti bilangan pelanggan yang membuat rungutan, peratusan tiba pada waktunya (on-time delivery) dan juga peratusan bilangan produk yang rosak. ABSTRAK. Kepelbagaian kepentingan dan juga kepentingan yang berbeza-beza terhadap faktor kewangan dan faktor bukan kewangan boleh diketahui melalui pengalaman sesuatu firma. Akauntan pengurusan akan mengambil berat untuk membuat kajian mengenai prestasi pembuatan supaya ia adalah berkaitan dengan apa yang digariskan oleh pihak pengurusan untuk merangka kepada strategi yang dikehendaki. Satu set soalan telah disediakan dan temuduga dibuat terhadap syarikat terbabit. Berdasarkan kepada jawapan yang diterima, analisis data akan dibuat untuk menilai sejauh mana prestasi pembuatan bagi firma-firma tersebut disukat dan ditentukan. Hasil daripada temuramah yang telah dilakukan mendapati bahawa kesedaran telah pun wujud terhadap industri pembuatan di Malaysia. Setiap syarikat yang telah ditemuramah memberikan respon yang positif terhadap prestasi pembuatan mereka. Strategi pembuatan memainkan peranan yang amat penting dalam mempengaruhi prestasi pembuatan sesebuah syarikat.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (School of Mechanical Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 23 Feb 2023 08:04
Last Modified: 23 Feb 2023 08:04
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57024

Actions (login required)

View Item View Item
Share