Identifying Harmful Pollutants From Conventional Energy System

Wan Abdullah, Mohd Ridzuan (2000) Identifying Harmful Pollutants From Conventional Energy System. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (337kB) | Preview

Abstract

Projek ini adalah mengenai mengenalpasti bahan tercemar yang berbahaya yang terhasil dari sistem kuasa yang menggunakan jenis bahan api dan prinsip kerja yang berlainan. Pendekatan yang digunakan adalah mengenalpasti tahap pencemaran bahan yang terhasil dan semua parameter yang berkaitan menghasilkan bahan tercemar tersebut. Projek ini juga akan mengupas bagaimana jenis bahan api yang berlainan dalam sistem kuasa lazim akan memberi kesan kepada tahap pencemaran yang terhasil. Rangka projek ini ialah berdasarkan pencemaran yang terhasil dari stesen janakuasa yang menggunakan tiga jenis bahan api yang berbeza iaitu arang batu, minyak dan gas. Daripada stesen janakuasa yang berbeza, jenis bahan tercemar yang terhasil dari stesen janakuasa akan dikaji dan kaedah untuk mengawal tahap pencemaran akan dikupas. Semua parameter yang berkaitan dengan penghasilan bahan tercemar akan dikaji dan mencari alternatif untuk mengawal dan mengurangkan tahap pencemaran tanpa memberi kesan kepada kuasa yang akan dihasilkan oleh stesen janakuasa tersebut. Metodology bagi projek ini ialah dengan mendapatkan data dari setiap stesen janakuasa yang dipilih, mengkaji data, banding dan mengaitkan data yang diperolehi dengan teori. Projek ini juga akan melihat kepada aspek kerja rekabentuk bagi setiap stesen janakuasa bagi mencadangkan satu rekabentuk rujukan untuk stesen janakuasa yang akan menghasilkan tahap pencemaran yang rendah. Semasa proses tersebut, satu perhubungan relatif diantara jenis bahan api dalam sistem kuasa dan jenis bahan tercemar yang dihasilkan oleh stesen janakuasa. Pada akhir projek, apa yang diharapkan agar tercapai ialah satu rujukan rekabentuk bagi stesen janakuasa yang menggunakan sumber lazim dan menghasilkan pencemaran pada tahap rendah.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (School of Mechanical Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 22 Feb 2023 09:45
Last Modified: 22 Feb 2023 09:45
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57013

Actions (login required)

View Item View Item
Share