Optimal Sand Removal Capacity for In-Stream Mining

Salleh, Syamsul Azlan (2016) Optimal Sand Removal Capacity for In-Stream Mining. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img] PDF - Submitted Version
Download (686Kb)

    Abstract

    Hakisan sungai disebabkan perlombongan pasir dan kelikir secara berlebihan berpunca daripada kurangnya pengurusan perlombongan pasir secara lestari. Biasanya, pasir dikorek keluar secara terus dari sungai tanpa panduan yang betul daripada pihak pemegang konsesi yang menyebabkan saluran sungai tidak stabil dan hakisan yang teruk di tebing-tebing sungai disebabkan perlombongan pasir tidak terkawal. Dalam kajian ini, Acoustic Doppler Current Profil (ADCP) digunakan untuk mengunjurkan profail sungai. Dengan menggunakan ADCP, keratan rentas sungai yang lebar boleh diunjurkan dengan mudah dan juga mampu menambahbaik ketepatan data dalam kajian pengangkutan endapan. Berdasarkan analisis makmal, jenis endapan yang di bawa empat sungai kajian kebanyakannya merupakan pasir dan batu kerikil halus (d50 = 0.8 hingga 2.0 mm). Beberapa persamaan telah digunakan untuk menentukan kesesuaian persamaan jumlah beban bahan dasar. Keputusan menunjukkan bahawa persamaan terbaik untuk empat sungai ialah persamaan Ariffin, Sinnakaudan et al. dan Molinas-Wu. Persamaan Ariffin mampu meramalkan pengangkutan endapan keempat-empat sungai dengan begitu baik sehingga 94.12% tepat untuk Sungai Perak, 71.43% untuk Sungai Kemaman, 66.67% untuk Pergau Sungai dan 75% untuk Sungai Kurau. Penentuan persamaan yang bersesuaian sangat berguna untuk rekabentuk saluran yang stabil, pembangunan lengkung kadaran endapan dan penentuan kapasiti pengorekkan pasir daripada sungai. Berdasarkan analisis beban endapan, Sungai Perak menunjukkan beban endapan tertinggi dan ini menunjukkan Sungai Perak sesuai untuk aktiviti perlombongan pasir. Pengukuran Rintangan Elektrik (ERT) menunjukkan subpermukaan tebing sungai mengandungi lapisan pasir lebih kurang 5 hingga 15 meter kedalaman berdasarkan profail diunjurkan. Hasil daripada profail ERT, kajian mendapati dataran banjir dan pulau sungai mampu menjadi sumber alternatif untuk pasir sungai. Lengkung kadaran endapan digunakan untuk menentukan masa yang diambil untuk endapan pulih dan kapasiti pengesktrakan pasir daripada sungai. Kajian juga mendapati tempoh pengisian semula endapan untuk 2 meter pengorekan pasir ialah lebih kurang enam hari untuk pulau sungai yang kecil dan 98 hari untuk pulau sungai yang besar. ________________________________________________________________________________________________________________________ River degradation due to excessive in-stream sand and gravel mining can be attributed to lack of sustainable management. Sand is usually extracted directly from river without proper guidance from concessioners which can lead unstable river channel and excessive erosion in rivers as well as river banks due to uncontrolled extraction of sand. In this study, the Acoustic Doppler Current Profile (ADCP) was used to project river profile. By deploying the ADCP, the profiling of large river cross section could be done easily and would improve the data accuracy in sediment transport study. The characteristic in four rivers from soil laboratory analysis are mostly sand and fine gravel (d50 = 0.8 to 2.0 mm). Three equations namely Ariffin, Sinnakaudan et al. and Molinas-Wu were used to estimate total bed material load. Ariffin equation has given the best prediction for four rivers with to 94.12% accuracy for Sungai Perak, 71.43% for Sungai Kemaman, 66.67% for Sungai Pergau and 75% for Sungai Kurau. The determination of suitable equations would be useful for design stable channel, develop rating curve and determine sediment discharge in river. From analysis, Sungai Perak was found to yield the highest sediment load indicating its suitability for sand mining actvities. Electrical Resistivity Survey (ERT) shows that riverbank subsurface consist of sand between 5 to 15 meter depth based on projected profile. This implies that both floodplain and river islands can be alternative sand mining sources. The sediment rating curve is used to estimate the sediment recovery period and capacity of sand extraction from river. This study infers that the sediment recovery period for two (2) meters extraction is about six (6) days for a small river island and 98 days for a large river island.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Full text is available at http://irplus.eng.usm.my:8080/ir_plus/institutionalPublicationPublicView.action?institutionalItemId=2102
    Subjects: T Technology
    T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA170-171 Environmental engineering
    Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Thesis
    Depositing User: Mr Mohd Jasnizam Mohd Salleh
    Date Deposited: 12 Jun 2018 14:48
    Last Modified: 12 Jun 2018 14:48
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/40765

    Actions (login required)

    View Item
    Share