Effects of adhesion failure on moisture damage of warm mix asphalt containing cecabase additive

Khan Kakar, Muhammad Rafiq (2015) Effects of adhesion failure on moisture damage of warm mix asphalt containing cecabase additive. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Campuran asfalt bersuhu sederhana (WMA) adalah teknologi yang membolehkan pengurangan ketara suhu pencampuran dan pemadatan campuran asfalt panas lazim.Teknologi ini boleh menjimatkan kos, meningkatkan kebolehkerjaan, mengurangkan kesan pengeluaran gas rumah hijau dan mesra alam. Walau bagaimanapun, WMA mudah terdedah kepada kerosakan lembapan sebagai akibat suhu pengeluaran yang lebih rendah. Hal yang demikian menyebabkan kegagalan rekatan, dan seterusnya pelucutan pengikat asfalt daripada agregat. Dalam kajian ini, bahan tambah campuran suam Cecabase digunakan untuk menurunkan suhu pengeluaran dan meningkatkan keboleh-rekatan asfalt dengan agregat. Pengikat jenis PG-64 dan PG-76 digunakan untuk menyediakan spesimen ujian. Bertindak sebagai surfaktan apabila dicampurkan dengan pengikat asfalt, Cecabase menggalakkan rekatan pada antara muka pengikat asfalt dan agregat. Keputusan ujian makmal secara keseluruhannya menunjukkan bahawa penambahan Cecabase tidak memberi kesan yang ketara ke atas reologi bahan pengikat dan kandungan pengikat optimum. Pendekatan baru melalui analisis imej digunakan untuk mengklasifikasikan kerentanan kegagalan rekatan dalam campuran asfalt sebagai akibat kerosakan lembapan. Hasil kajian menunjukkan kegagalan rekatan meningkat dengan bilangan kitaran beku dan cair dan campuran yang mengandungi pengikat PG-76 mempamerkan kegagalan rekatan yang lebih rendah berbanding pengikat PG-64. Ujian tegangan langsung substrat pengikat-agregat dan ujian tarik-keluar dijalankan untuk menilai kegagalan rekatan. Warm Mix Asphalt (WMA) is a technology that allows significant reduction in mixing and compaction temperatures of conventional hot mix asphalt. It is a cost effective technology that can improve mixture workability, reduces greenhouse gas emissions, and is environmental friendly. However, WMA is susceptible to moisture damage due to its lower production temperature. This can cause adhesion failure, hence stripping of asphalt binder from the aggregates. In this research, Cecabase warm mix additive was used to lower the production temperature and enhance the asphalt binder adhesion properties with aggregate. Two binders, PG-64 and PG-76, were used to prepare the test specimens. As a surfactant and when blended with asphalt binder, Cecabase promotes adhesion at the binder-aggregate interface. Therefore, the overall laboratory test results showed that addition of Cecabase had no significant effects on binder rheology and optimum binder content. A novel approach using image analysis was used to measure the asphalt mixture adhesion failure susceptibility due to moisture damage. The results showed that adhesion failure increased with the number of freeze and thaw cycles and mixtures prepared with PG-76 binder exhibited lower adhesion failure compared to PG-64 binder. To assess the adhesion failure, binder-aggregate substrate direct tensile and pull-off tension tests were carried out. An accelerated laboratory vacuum saturator (ALVS) moisture conditioning was fabricated to condition the binder-aggregate specimens.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA401-492 Materials of engineering and construction. Mechanics of materials
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Thesis
Depositing User: Badli Syahar Bakhtier_PKejut
Date Deposited: 10 Nov 2017 07:19
Last Modified: 12 Apr 2019 05:25
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/37350

Actions (login required)

View Item View Item
Share