Hubungan Antara Persepsi Terhadap Mata Pelajaran Vokasional (MPV)) Dan Sokongan Sosial Dengan Determinasi Kendiri Dan Aspirasi Kerjaya Pelajar MPV

Velloo, Sohba (2016) Hubungan Antara Persepsi Terhadap Mata Pelajaran Vokasional (MPV)) Dan Sokongan Sosial Dengan Determinasi Kendiri Dan Aspirasi Kerjaya Pelajar MPV. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (630Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini mengkaji tahap determinasi kendiri dan aspirasi kerjaya pelajar MPV. Faktor-faktor yang meramal determinasi kendiri dan aspirasi kerjaya iaitu persepsi terhadap MPV dan sokongan sosial telah dikaji. Sampel kajian terdiri daripada 512 orang pelajar Tingkatan 4 yang mengikuti kelas vokasional di 34 buah sekolah menengah kebangsaan harian di Pulau Pinang. Reka bentuk kajian ini bersifat mod campuran. Data kuantitatif telah dikumpul melalui soal selidik dan dianalisis dengan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20.0 dan SMART-PLS. Secara spesifiknya, ujian deskriptif, ujian-t, ujian Kruskal-Wallis, analisis path dan statistik regresi telah dijalankan. Data kualitatif pula dikumpul melalui temu bual separa berstruktur dan dianalisis secara tematik. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tidak wujud perbezaan signifikan dalam determinasi kendiri (t=1.62, p>0.05) manakala wujud perbezaan signifikan dalam aspirasi kerjaya pelajar MPV (t=3.12, p<0.05) mengikut jantina. Determinasi kendiri (X2 (2)= 21.45,p<0.05) dan aspirasi kerjaya (X2 (2)= 35.97, p<0.05) pelajar juga didapati berbeza secara signifikan mengikut bidang MPV yang diikuti. This study examined the level of self-determination and career aspiration among MPV students. Factors that predict self-determination and career aspiration in term of perception towards vocational subject and social support were also investigated. The sample comprised of n= 512 Form 4 students enrolled in vocational class at 34 national secondary schools in Penang. A mixed method research designed was employed for this study. The quantitative data were collected via questionnaire survey and analysed through the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 20.0 and SMART-PLS. Specifically, descriptive test, t-test, Kruskal Wallis’s test, path analyses and regression statistics were carried out. Qualitative data, on the other hand, were gathered through semi-structured interviews and analysed through thematic analysis. The findings showed that significant differences did not exist in students’ self-determination (t=1.61,p<0.05), however students’ career aspiration (t=3.12, p<0.05) showed significant differences according to gender. Selfdetermination (X2 (2)= 21.452, p<0.05) and career aspiration (X2 (2)= 35.974, p<0.05) were also found to differ significantly by vocational fields.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
    Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
    Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
    Date Deposited: 03 Mar 2017 15:07
    Last Modified: 13 Mar 2017 12:22
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32286

    Actions (login required)

    View Item
    Share