Masyarakat Sivil Berteraskan Islam Di Indonesia: Politik Akomodasi Dan Pendemokrasian Oleh Muhammadiyah Dan Al-Washliyah Di Sumatera Utara

Kusmanto, Heri (2013) Masyarakat Sivil Berteraskan Islam Di Indonesia: Politik Akomodasi Dan Pendemokrasian Oleh Muhammadiyah Dan Al-Washliyah Di Sumatera Utara. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img] PDF
Download (149kB)

Abstract

Tesis ini menganalisis Muhammadiyah dan Al-Washliyah sebagai masyarakat sivil berteraskan Islam yang menjalankan politik akomodasi untuk mempertahankan kewujudannya dalam menghadapi politik Orde Baru yang menekan dan upaya mereka untuk melakukan pendemokrasian pada masa peralihan politik selepas kejatuhan Soeharto, khasnya dalam konteks masyarakat tempatan di Sumatera Utara. Tesis ini berhasrat mengenal pasti Muhammadiyah dan Al-Washlisyah sebagai masyarakat sivil berteraskan Islam, menganalisis politik Orde Baru, menganalisis politik akomodasi Muhammadiyah dan Al-Washliyah pada masa Orde Baru, dan upaya mereka menyokong pendemokrasian dalam skop dan batasan masa 1998- 2008. Reka bentuk kajian penyelidikan tesis ini menggunakan kajian kes. Pengumpulan data sekunder dilakukan dengan kajian perpustakaan dan kajian dokumen berkaitan dengan sejarah dan amali Muhammadiyah dan Al-Washliyah, politik Orde Baru, dan masa peralihan politik di Indonesia. Kajian lapangan pula dijalankan dengan pengamatan, temu bual dan temu bual dalam majlis kumpulan bagi memperoleh data primer berhubung politik Orde Baru, praktik politik akomodasi dan upaya pendemokrasian oleh Muhammadiyah dan Al-Washliyah. Data daripada kajian dianalisis secara kualitatif.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Aizat Asmawi Abdul Rahim
Date Deposited: 28 Oct 2026 08:08
Last Modified: 28 Oct 2026 08:08
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/65191

Actions (login required)

View Item View Item
Share