Hamdan, Nazmi Qayyum (2025) Pembinaan Rangka Kerja Kebajikan Masyarakat Berteraskan Ekonomi Di Masjid Terpilih. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
|
PDF
Download (1MB) |
Abstract
Masjid merupakan tempat melakukan kebajikan selain daripada ibadah. Ahli politik terlibat dalam memberikan bantuan dengan menggunakan masjid sebagai tempat penerimaan. Namun begitu, sebahagian masyarakat menganggap perbuatan tersebut tidak patut, bahkan ada pihak masjid tidak memberikan ruang kepada asnaf untuk berniaga berhampiran masjid. Ditambah pula sesetengah masjid tidak cakna terhadap ahli kariahnya yang kesusahan. Hal ini menunjukkan seolah-olah masyarakat disempitkan dengan persepsi bahawa masjid hanyalah tempat beribadah. Perkara ini mungkin menyebabkan model kebajikan masyarakat berteraskan masjid menurut konteks Malaysia masih tidak diwujudkan. Oleh itu, kajian ini terdapat tiga objektif yang kesemuanya bersifat kualitatif. Objektif pertama tesis ini adalah untuk menyorot sejarah masjid berkaitan selain daripada ibadah setelah kewafatan Rasulullah SAW berdasarkan kitab Tarikh al-Rusul wa al-Muluk oleh al-Tabariy. Kajian dilakukan secara kepustakaan dan hasil dapatan dirumuskan secara tematik. Objektif kedua adalah untuk mengenal pasti kegiatan masjid dalam membantu golongan yang memerlukan kebajikan. Hal ini dilakukan dengan menemu bual sebanyak 21 informan di 14 masjid seluruh Malaysia. Data lapangan dianalisis secara initial coding, penulisan memo, focused coding (kategori). Objektif ketiga pula adalah untuk membina teori kebajikan masyarakat menurut masjid terpilih dalam bentuk rangka kerja. Hal ini dicapai melalui kerangka kajian grounded theory yang dianalisis secara theoretical coding.
| Item Type: | Thesis (PhD) |
|---|---|
| Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General) |
| Divisions: | Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis |
| Depositing User: | Mr Aizat Asmawi Abdul Rahim |
| Date Deposited: | 23 Jul 2026 08:29 |
| Last Modified: | 23 Jul 2026 08:29 |
| URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/64708 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |



