Matlamat pembangunan mampan (SDG): Kolaborasi dan inisiatif Perpustakaan UMPSA. (Perpustakaan UMPSA, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah 26600 Pekan, Pahang.

Gono, Kamariah and Ahmad1, Nor Ashikin Ahmad (2024) Matlamat pembangunan mampan (SDG): Kolaborasi dan inisiatif Perpustakaan UMPSA. (Perpustakaan UMPSA, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah 26600 Pekan, Pahang. In: SKFKKS2024, 19-20 August 2024, Perpustakaan Musa Mohamad. (Submitted)

[img] PDF
Download (1MB)

Abstract

Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals - disebut sebagai SDG selepas ini) merupakan satu agenda global yang disepakati oleh negara-negara anggota dalam Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 25 September 2015. Ia merupakan komitmen global ke arah pembangunan yang lebih mampan, berdaya tahan dan inklusif bagi memastikan tiada satupun yang tertinggal (no one left behind). Agenda SDG merangkumi 17 matlamat utama menggariskan 169 sasaran khusus dan 241 indikator yang perlu dicapai menjelang 2030. Perpustakaan sebagai institusi yang menyokong aktiviti pembelajaran, pengajaran, penyelidikan, penyebaran, pemuliharaan dan penyimpanan khazanah ilmu serta pemangkin aktiviti kebudayaan masyarakat memainkan peranan yang penting dalam usaha memberi pendedahan kepada agenda global ini. Bagi menyokong agenda 2030 ini, Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menyusun beberapa inisiatif dan aktiviti sejak 2017 sehingga kini. Inisiatif dan aktiviti ini dipetakan kepada SDG yang berkaitan iaitu SDG 1 (Tiada Kemiskinan), SDG 3 (Kehidupan Sihat dan Sejahtera), SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab), SDG 13 (Tindakan Terhadap Perubahan Iklim), SDG 15 (Kehidupan di Darat) dan SDG 17 (Perkongsian untuk Mencapai Matlamat). Bagi memastikan agenda yang digariskan itu mencapai matlamat yang disepakati, Perpustakaan UMPSA telah berkolaborasi dengan rakan strategik dalaman serta agensi luar. Pelaporan kepada aktiviti menyokong SDG ini diserahkan kepada Pusat Pembangunan Kelestarian UMPSA yang bertindak sebagai pusat yang bertanggungjawab kepada pemantauan pelaksanaan inisiatif kelestarian universiti.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z719 Libraries (General)
Divisions: Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (Library) > Conference or Workshop Item
Depositing User: Mr Mohd Fadli Abdul Rahman
Date Deposited: 25 Jun 2026 08:15
Last Modified: 25 Jun 2026 08:15
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/64471

Actions (login required)

View Item View Item
Share