Pengaruh Sokongan Organisasi Terhadap Komitmen Pemimpin Pertengahan Di Sekolah Rendah : Pengupayaan Psikologikal Sebagai Mediator

Kadir, Norliza Abdul (2025) Pengaruh Sokongan Organisasi Terhadap Komitmen Pemimpin Pertengahan Di Sekolah Rendah : Pengupayaan Psikologikal Sebagai Mediator. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img] PDF
Download (386kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap sokongan organisasi, pengupayaan psikologikal dan komitmen pemimpin pertengahan di sekolah rendah. Selain itu, kajian ini juga melihat sejauh mana perbezaan komitmen pemimpin pertengahan berdasarkan jantina, umur, kelayakan akademik dan jangka masa pengalaman menjadi pemimpin pertengahan. Di samping itu, kajian ini juga bermatlamat untuk mengenal pasti pengaruh yang signifikan di antara ketiga-tiga variabel iaitu sokongan organisasi, pengupayaan psikologikal dan komitmen pemimpin pertengahan serta mengenal pasti pengaruh mediator yang signifikan bagi pengupayaan psikologikal terhadap hubungan antara sokongan organisasi dengan komitmen pemimpin pertengahan. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan berturutan iaitu kuantitatif dan kualitatif sebagai reka bentuk kajian dengan pemberatan kuan-kual. Bagi kutipan data kuantitatif, kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat ukur kajian dengan melibatkan kaedah pensampelan rawak strata, manakala kajian kualitatif pula menggunakan kaedah fenomenologi iaitu melalui temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data kuantititif dikumpul daripada 550 responden yang terdiri daripada ketua panitia di 50 buah sekolah rendah di negeri kedah, perlis dan pulau pinang yang terpilih.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 13 May 2026 02:38
Last Modified: 13 May 2026 02:38
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/64182

Actions (login required)

View Item View Item
Share