Perindustrian Pesat Dan Perhubungan Persekutuan-Negeri Di Malaysia: Kajian Kes Negeri Pulau Pinang

Chong, Eu Choong (1997) Perindustrian Pesat Dan Perhubungan Persekutuan-Negeri Di Malaysia: Kajian Kes Negeri Pulau Pinang. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img] PDF
Download (24MB)

Abstract

Semenjak kemerdekaan pada tahun 1957, perhubungan persekutuan-negeri di malaysia menunjukkan satu kecenderungan pemusatan kuasa dalam tangan kerajaan persekutuan. Keadaan ini berlaku kerana rekabentuk perlembagaan yang bias kepada kerajaan pusat, terutamanya pengawalan kerajaan persekutuan terhadap kerajaan negeri dalam bidang kritikal seperti kewangan, perancangan, pembangunan dan perlaksanaan dasar membolehkannya mempengaruhi perjalanan pemerintahan di sesebuah negeri. Kecenderungan ini diperkukuhkan lagi melalui kawalan sebuah parti gabungan politik, iaitu barisan nasional secara umum dan lebih khusus lagi umno, terhadap kerajaan persekutuan dan hampir semua kerajaan negeri di malaysia. Melalui kawalannya terhadap jentera perancangan dan perlaksanaan pembangunan serta kewangan, kerajaan persekutuan berupaya mempengaruhi tempo dan arus pembangunan yang berlaku dalam sesebuah negeri di malaysia. Tesis ini merupakan satu kajian terhadap aspek pembangunan dalam perhubungan persekutuan-negeri di malaysia. Lebih khusus lagi, ia merupakan satu kajian terhadap perhubungan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri pulau pinang dari 1970 hingga kini dalam konteks perindustrian pesat yang dialami di negeri pulau pinang. Apa yang membezakan proses perindustrian pulau pinang dari kecenderungan pemusatan yang berlaku dalam persekutuan malaysia ialah penglibatan aktif kerajaan negeri dalam proses ini.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 01 Apr 2026 03:30
Last Modified: 02 Apr 2026 00:06
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/63825

Actions (login required)

View Item View Item
Share