Ahamad, Mohd Bahaman (1998) Tinjauan Kompleks Sukan Sebagai Satu Kemudahan Komuniti Di Kawasan Perumahan Di Malaysia Kajian Kes: Kompleks Sukan Sukma, Bandar Indera Mahkota, Kuantan Pahang Darul Makmur. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
|
PDF
Download (20MB) |
Abstract
Isu utama kajian ini adalah untuk mengkaji adakah kemudahan rekreasi berbentuk kompleks sukan sesuai bagi menggantikan dengan kemudahan rekreasi berbentuk kawasan lapang. Persoalan ini timbul daripada penyediaan kawasan padang hijau yang biasanya di sediakan dalam bentuk Space left over after planning ( Slop ). Terdapat juga kawasan lapang yang terbiar tanpa penyelenggaraan. Kewujudan masalah ini berpunca daripada kelonggaran yang ada pada perancangan dan juga masalah dari segi kos penyelenggaraan. Kemudahan ini juga menyediakan peralatan rekreasi yang terhad dan ia biasa digunakan untuk menjalankan aktiviti yang terhad sahaja. Pembinaan kompleks sukan sebagai kemudahan rekreasi di kawasan perumahan dijangka dapat mengatasi masalah yang wujud ini. Walaubagaimanapun kemudahan bentuk baru ini juga mempunyai kekurangannya tersendiri. Kajian yang lebih terperinci perlu dilakukan agar setiap golongan masyarakat dapat menggunakan kemudahan rekreasi ini dengan baiknya dan untuk meningkatkan penglibatan masyarakat serta menggalakkan penggunaan masa lapang dengan cara berfaedah dan bermanafaat.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subjects: | T Technology > TH Building construction > TH1-9745 Building construction |
| Divisions: | Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan (School of Housing, Building & Planning) > Thesis |
| Depositing User: | Mr Aizat Asmawi Abdul Rahim |
| Date Deposited: | 18 Nov 2025 02:18 |
| Last Modified: | 18 Nov 2025 02:18 |
| URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/63225 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |



