Othaman, Norhasyimah
(2024)
Hubungan Antara Iklim Organisasi Sekolah Dan Kesejahteraan Psikologi Guru: Semangat Mengajar Sebagai Pengantara.
Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Psikologi membawa maksud keupayaan individu untuk menerima diri dan orang lain di persekitarannya serta mengetahui akan potensi diri disamping mengembangkan potensi sedia ada. Iklim organisasi sekolah ialah konsep umum yang merangkumi suasana yang dialami oleh pendidik serta mencorakkan kelakuan mereka lebih-lebih lagi di kawasan sekolah. Berdasarkan teori kognitif sosial (bandura, 1986; 1997), kajian ini menyiasat interaksi di antara iklim organisasi sekolah terhadap kesejahteraan psikologi guru di seberang perai tengah, pulau pinang disamping semangat untuk mengajar digunakan sebagai pengantara di antara kedua-dua pemboleh ubah. Untuk menguji hipotesis yang disarankan, data dikumpulkan melalui borang soal selidik. Sampel kajian ini terdiri daripada 196 orang guru yang mengajar di daerah seberang perai tengah, pulau pinang. Kajian ini telah mendapati bahawa hubungan antara iklim organisasi sekolah dengan kesejahteraan psikologi guru berhubung kait namun semangat untuk mengajar sebagai pemboleh ubah pengantara yang digunakan dalam kajian ini tidak menujukkan hubung kait di antara iklim organisasi dan kesejahteraan psikologi guru. Berdasarkan dapatan kajian, metodologi, implikasi teori dan praktikal kajian telah dibincangkan. Cadangan untuk penyelidikan masa depan juga dikemukakan.
Actions (login required)
 |
View Item |