Ekologi Pembiakan Dan Analisis Filogenetik Molekul Enam Spesies Keladi Hutan Reofitik (Araceae: Schismatoglottideae)

Ooi, Im Hin (2012) Ekologi Pembiakan Dan Analisis Filogenetik Molekul Enam Spesies Keladi Hutan Reofitik (Araceae: Schismatoglottideae). Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (838kB) | Preview

Abstract

Enam keladi hutan reofitik dalam Schismatoglottideae, dua dari Semenanjung Malaysia (Pip to spat ha ridleyi, P perakensis) dan empat dari Borneo (P. elongata, Ooia grabowskii, Bakoa lucens, Aridarum nicolsonii) telah dipilih sebagai wakil-wakil kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Pemerhatian lapangan tentang mekanik seludang, pendebungan, penghasilan buah, penyebaran biji benih dan penubuhan anak benih takson-takson ini telah dijalan dan dicatatkan. Jujukan dua rantau DNA kloroplas (/rwL-trnF, w«/K-3’r/7?K) telah dikaji untuk setiap spesies dengan menggunakan teknik penjujukan DNA. Filogeni takson-takson yang dibina-semula menunjukkan genus Piptospatha ialah satu kumpulan yang polifiletik. Melalui hubung filogenetik ini pertalian evolusi takson-takson sudah difahami. Pada masa yang sama, kajian ini telah menyumbang kepada persempadanan genus Piptosaptha, menghuraikan genus-genus Bakoa dan Ooia secara tidak langsung.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH1-278.5 Natural history (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kajihayat (School of Biological Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 23 Jun 2025 04:17
Last Modified: 23 Jun 2025 04:18
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/62541

Actions (login required)

View Item View Item
Share