Abdullah, Rohana
(2014)
Penyingkiran Besi Dan Nutrien Daripada Larut
Resap Menggunakan Karbon Teraktif Dan
Amfoterik Surfaktan-Diubahsuai Zeolite.
Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Larut resap tapak pelupusan terkenal sebagai air sisa yang kompleks di mana
komposisi dan kepekatan bahan pencemar kebanyakannya dipengaruhi oleh jenis sisa
dideposit dan usia tapak pelupusan. Rawatan larut resap menggunakan karbon
teraktif berbutir (GAC) dalam menyingkirkan besi dan amfoterik surfaktandiubahsuai
zeolit (SMZ) bagi pengambilan NH3-N dan nutrien lain (N, P, & K) telah
dikaji. Kecekapan penjerapan telah ditentukan oleh satu siri eksperimen penjerapan
kumpulan menggunakan peralatan ujian balang. GAC yang di pra-rawat dengan 1.5N
NaOH digunakan kerana ia menunjukkan prestasi penjerapan besi yang lebih baik.
Selain itu, zeolite yang menjalani pengubahsuaian permukaan dengan 0.03M
amfoterik Miranol C2M telah dipilih untuk kajian lanjut. Keputusan kajian kumpulan
menunjukkan GAC dapat menyingkirkan 90.29% besi berbanding 50.25%
menggunakan KOH sebagai pemendak kimia. Sementara itu, amfoterik SMZ telah
dioptimumkan menggunakan RSM dan berkesan menjerap warna, NH3-N dan
nutrien lain (N, P, & K) berbanding dengan zeolit asli. Kebolehgunaan amfoterik
SMZ sebagai produk baja lambat bebas diperhatikan.
Actions (login required)
 |
View Item |