Lim, Hong Aik
(2002)
Nilai Nutrisi Kek Isirong Kelapa Sawit (PKC) Dalam Makanan Pelet Untuk Ikan Tilapla.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Tiga eksperimen berasingan telah dijalankan untuk mengkaji beberapa aspek nilai nutrisi kek isirong kelapa sawit (PKC) dalam makanan pelet untuk ikan tilapia. Dalam
Eksperimen I, keterhadaman nutrien dan ketersediaan asid amino PKC kepada ikan tilapia telah ditentukan berbanding dengan beberapa jenis bahan mentah. Diet ruj ukan dengan
40% protein kasar dan lima diet ujian yang mengandungi diet rujukan dan bahan mentah ujian dalam nisbah 70:30 telah dirumuskan. PKC telah menunjukkan keterhadaman protein
ketara yang lebih tinggi berbanding dengan serbuk kacang kelisa (WBM), dan keterhadaman jirim kering, protein dan tenaga yang lebih rendah berbanding dengan bahan-bahan mentah lain.
Actions (login required)
|
View Item |