Mahmud, Latifah
(1990)
Perkembangan Kaedah Kromatografi Bagi Penentuan
Klorproguanil Dan Klorsikloguanil Di Dalam Plasma.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kaedah-kaedah kromatografi cecair dan gas yang baru telah dimajukan bagi penentuan klorproguanil dan metabolitnya, klorsikloguanil dalam plasma. Drug-drug berkenaan berserta proguanil sebagai piawai dalaman telah diekstrak daripada plasma melalui kaedah pengekstrakan fasa pepejal pada penjerap ODS (CIS) dengan dielusikan oleh metanol yang mengandungi 0.01 % dietilamina-asid asetik. Purata peratus
pengembali bagi klorproguanil melalui pengekstrakan ini adalah (85 + 3.6) % dengan pekali ubahan 4.2 % manakala bagi klorsikloguanil pula adalah (60.2 ± 3.9) % dengan pekali ubahan 6.6%.
Actions (login required)
|
View Item |