Kriteria Dan Tahap Kesetiaan Pekerja Perbankan Islam Di Banda Aceh, Indonesia

Nurdin, Ridwan (2016) Kriteria Dan Tahap Kesetiaan Pekerja Perbankan Islam Di Banda Aceh, Indonesia. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (16MB) | Preview

Abstract

Kesetiaan pekerja merupakan satu pembahasan penting yang menarik minat banyak ahli sains pengurusan sumber manusia dan perilaku organisasi. Perkara ini disebabkan selain kerana kesetiaan pekerja akan menguntungkan majikan juga dapat dimanfaatkan kepada kemajuan dan pembangunan organisasi atau syarikat. Oleh itu pandangan Islam tentang kesetiaan pekerja Muslim perlu diambil berat, kerana pandangan lazim dianggap tidak mencukupi dari sisi kerangka kerja falsafah atau tasawumya. Isu ini boleh diselesaikan melalui konsep kesetiaan pekerja dalam perspektif Islam (KPI). Kajian ini memiliki tiga objektif, iaitu a) Mengenal pasti konsep KPI; b) Menganalisis dan membentuk kriteria KPI; dan c) Menilai kesetiaan pekerja di Institusi Perbankan Islam di Banda Aceh, Indonesia berdasarkan kriteria KPI. Kajian ini dibahagi kepada dua fasa, iaitu teoretikal dan empirikal.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5549-5549.5 Personnel management. Employment
Divisions: Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV)) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 14 Aug 2024 02:10
Last Modified: 14 Aug 2024 02:10
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/60939

Actions (login required)

View Item View Item
Share