Abdul Rahman, Norhafizah
(2015)
Tahap Kesediaan Terl-Iadap Pembelajaran Arahan Kendiri Dan
Hubungannya Dengan Jenis Psikologi Pelajar Kolej Komuniti Di Pulau Pinang.
Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Kolej Komuniti ditubuhkan dibawah kelulusan Jemaah Menteri pada 5 Julai
2000 dan melalui penubuhan ini, ia bakal memberi impak kepada lepasan menengah
sebelum ke bidang pekerjaan berdasarkan latihan dan kemahiran yang dipelajari.
Pembelajaran arahan kendiri merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) yang diterapkan di Kolej Komuniti bagi mencapai saranan Kementerian
Pengajian Tinggi. Kajian berasaskan pembelajaran arahan kendiri ini bertujuan untuk
mengenalpasti, mengukur dan melaporkan hubungan antara tahap kesediaan
pembelajaran arahan kendiri di kalangan pelajar Kolej Komuniti Pulau Pinang dengan
jenis psikologi pelajar. Seterusnya kajian ini dapat menentukan serta meramalkan jenis
psikologi pelajar dalam menggunakan kemahiran pembelajaran arahan kendiri mereka.
Actions (login required)
|
View Item |